in

Gossip Pelakon Tambahan Tak Dapat Bayaran

KETIKA SS asyik menikmati teh tarik di kedai mamak, telefon berdering memaparkan nombor yang tidak dikenali. SS suspen juga jika pemanggil itu adalah pengutip hutang atau pembaca yang tidak puas hati dengan tulisan SS.

Namun, apabila SS menjawab, pemanggil itu dengan nada tenang memperkenalkan diri dan berhasrat menyampaikan satu berita terkini mengenai kisah di sebalik tabir penggambaran sebuah filem, baru-baru ini.

SS rasa biarlah nama pemanggil atau judul filem itu dirahsiakan demi kebaikan bersama. Cuma, apa yang ingin dikongsi pemanggil itu adalah mengenai sikap produksi itu yang dikatakan seperti mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

SS pun berkerut dahi dan mula bertanya apa sebenarnya yang berlaku. Jelas pemanggil itu, filem itu bukan saja dikategori hebat kerana menampilkan beberapa pelakon terkenal, tetapi turut menggunakan khidmat pelakon tambahan terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan berhampiran lokasi penggambaran filem itu.

Yang menjadinya isunya sekarang apabila mereka tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan. Bukan itu saja, pihak produksi juga tidak membayar sewa rumah yang digunakan untuk penggambaran itu. SS tertanya macam mana perkara sebegini boleh berlaku kerana mereka yang bekerja di sebalik tabir pembikinan filem itu adalah orang yang cerdik pandai dan tidak sepatutnya mereka menganiayai orang lain terutama penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa pasal filem.

SS tidak tahu pula jika apa yang berlaku cuma salah faham atau mungkin khidmat pelakon tambahan untuk filem ini hanya sumbangan ikhlas. SS bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi kejadian ini harus menjadi ingatan kepada sesiapa saja agar jangan terlalu teruja apabila dapat tawaran berlakon. Bincang dulu soal bayaran kerana sekarang tiada yang percuma. Masuk tandas pun kena bayar.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Ahmad Idham Jadi Ketua Pengarah FINAS?

Cat Farish Dapat Anak Lagi