in

Gossip Pelakon Nadia Zainal Diboikot Wartawan

Baca di Sinar Harian tentang pelakon Nadia Zainal telah menjawab gossip kononnya dia telah diboikot oleh media. Betul ke tidak?

Nadia Zainal

TIDAK semena-mena nama pelakon yang semakin meningkat naik, Nad Zainal terpalit dengan kontroversi kononnya dia akan dipulau oleh segelintir wartawan hiburan.

Pelakon genit itu dikatakan sukar memberikan kerjasama selain turut digelar kekwat apabila dirinya dikhabarkan sukar untuk mengangkat telefon ketika dihubungi wartawan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Nad menyatakan, “saya tak tahu dari mana datangnya cerita ini dan ini kali pertama dengar (mengenai diboikot wartawan).”

“Saya kurang ajar dan tak angkat panggilan? Telefon saya ini sentiasa ada di tangan saya. Mustahil saya tak perasan setiap kali ada kalau ada panggilan ataupun mesej yang masuk. Saya memang betul tak tahu macam mana isu ini boleh timbul,” katanya ketika ditemui semasa Siri Jelajah Anugerah Skrin 2012 di e@Curve, Mutiara Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 22, yang kelihatan sangat terkejut dengan dakwaan itu menyatakan tidak kisah sekiranya dirinya diboikot wartawan kerana dia tidak membuat hal dengan pihak lain sebaliknya dia sentiasa memberikan kerjasama apabila diminta menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan pihak media kepada dirinya sebelum ini.

“Saya ni kurang ajar ke? Mungkin ada soalan yang saja jawab kurang menyenangkan mereka.

“Kalau ikut perwatakan saya memang macam ni, agak kasar sikit. Tapi bila saya jumpa mana-mana wartawan ataupun orang ramai, saya pun tahu nak hormat mereka,” katanya.

Jelas Nad: “Bagi saya mudah saja, mungkin sebab tak ada isu panas tentang saya, maka timbul pula cerita fasal sikap saya pula. Susahlah macam ini kerana saya masuk dalam bidang seni adalah untuk belajar, bukan untuk mencipta sebarang kontroversi.

“Tapi tak mengapalah, biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya yang mahu lebih memberi fokus ke atas kariernya daripada memikirkan kontroversi remeh-temeh.

Dalam perkembangan lain, Nad, yang popular dengan drama bersiri Bukan Bidadari, berlakon dalam drama terbaru, Putera Rayyan yang bakal disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Lends her Voice for Pink Jazzy Affair 2012

Gambar Kereta Pelakon Johan Asari Kemalangan