in ,

Gossip ntv7 Aniaya Selebriti?

Agak lama juga ntv7 tidak menghebah-hebahkan apa yang menariknya di ruangan ‘Gossip@ntv7’. Kali terakhir mungkin sempena Bella Awards 2013 yang lalu. Tapi khabarnya, ntv7 bakal membawakan lebih banyak rancangan menarik dalam pengisian kandungan urban tahun ini.

Ini semua gara-gara hala tuju baru stesen tersebut, MUPAs. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda agaknya MUPAs. MUPAs yang dimaksudkan adalah singkatan kepada Modern Urban Progressive Adults yang merupakan sasaran terbaru saluran itu. Syukur mendengar inisiatif ntv7 dalam memperbanyakkkan lagi kandungan rancangan buat penonton urbannya.

Tidak hairanlah baru-baru ini stesen itu mula memperkenalkan drama bersiri melayu Tanah Merah. Teman lihat banyak wajah baru dalam drama ini. Mulanya ragu juga teman melihat percubaan berani mati ntv7. Tapi ternyata lakonan mereka berbakat apatah lagi dengan sentuhan penerbitnya, Khabir Bhatia. Pastinya selepas ini banyak lagi perancangan ntv7 dalam menumpukan terhadap definisi golongan sasaran baru mereka.

Terbaru, teman juga mendengar stesen itu bakal menampilkan sebuah lagi rancangan temubual. Tapi bezanya rancangan itu dengan rancangan temubual lain ialah pengacaranya bakal ‘menganiaya’ selebriti yang sudi tampil dalam rancangan itu.

Tapi bukan aniaya apa, cuma para selebriti akan dikenakan dengan cabaran-cabaran pelik oleh pengacaranya yang merupakan dua orang penyampai radio gila-gila. Tapi tak tahulah selebriti mana yang bakal menjadi mangsa. Bukan setakat selebriti, pengacara itu juga akan menyahut cabaran yang diberikan kepada mereka.

Kalau pengacara pun sanggup nampaknya memang jelaslah perantaranya adalah orang yang cukup spontan dan “sporting”. Dari dunia radio terjun ke dunia televisyen? Evolusi katanya. Bukan itu sahaja setiap episod akan mempersembahkan bakat selebriti yang diundang kepada para penonton tidak kiralah menyanyi ke, menari ke atau melawak. Berdasarkan konsep yang sampai di telinga teman nampaknya memang syok habislah rancangan ini.

Apa pun teman berharap ntv7 terus menghidangkan rancangan-rancangan terbaik buat para penonton agar lebih kompetitif dengan segala rancangan yang sedia ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Hijabista di Astro Ria

Bawang Putih dan Bawang Merah Versi Moden