in , ,

Gossip Mila Jirin Kena Ludah Ebi Kornelis, Video Klip ILHAM DI MATAMU

Pada 18 Mac lalu, Mila Juara Akademi Fantasia 5 mengadakan majlis pelancaran album terbarunya di Cineleisure, Damansara Utama. Sebenarnya album sudah lama berada di pasaran, dan pelancaran ini sebenarnya untuk mengajak media menyaksikan dua buah video klip terbaru Mila iaitu untuk lagu Ilham di Matamu dan Aku Lebih Tahu.

Bercakap mengenai video klip terbarunya, Mila mengakui agak sukar untuk berlakon dalam video klip yang diarahkan oleh Hirdee (pengarah dari Jakarta) dan Ajai (komposer yang penuh kontroversi). Apa tidaknya, banyak kali Mila terpaksa mengulangi babak yang air mata yang diperlukan untuk video klip Ilham di Matamu. Mila terpaksa menangis dan mengeluarkan air mata untuk menghayati lirik. Bukan menggunakan eye mo yang mulanya memang agak tidak real di layar tv. Mungkin dalam fikiran gadis genit ini membayangkan hubungan teman tapi mesranya dengan Ebi retak. Ye lah, Budiey ada dengar juga tentang Mila diludah oleh Ebi. Sedih betul dengar cerita Mila dan Ebi nih. Boleh difilemkan tak Mila? Babak kena ludah tu yang ngilu tu!

Bercakap pasal isu tersebut, Mila tidak mahu memanjangkan cerita kerana segalanya sudah pun berlalu. Dan Mila dan Ebi masih lagi berkawan seperti biasa. Sekarang Mila mahu fokus kepada kerjaya. Mila juga rasa tidak tercabar dengan kelahiran bintang AF 6 yang bakal menyinar. Mila percaya dengan rezeki dari Tuhan. Mila suka tengok Diari AF musim ini dan dia meminati Mama Rina.

2346573325 604170B215 | 4

Terbaru, Mila katanya akan menyertai Discovery 2008 yang akan berlangsung di Bulgaria. Di Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac ini, Mila akan memakai pakaian daripada rekaan Hatta Dolmat bertemakan batik urban.

Untuk minggu setiausaha anjuran Astro April depan, Mila akan membawa empat buah lagu disamping lagu-lagu gandingan bersama dengan bintang AF yang lain.

2346574319 A4B829Ea68 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Secretaries Week Luncheon: Zahid, Mawi, Faizal, Mila & Anita Sarawak

Siti Nurhaliza Pindah Rumah? Datuk Khalid Halau Bekas Isteri?