in

Gossip Datuk K & Rozita Che Wan Dirungkai @ Sehati Sejiwa Siti Nurhaliza

Sehati Sejiwa rungkai semula gosip Datuk K-Rozita Che Wan

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

“Alhamdulillah, hubungan saya dan suami dalam keadaan baik baik selepas menepis gosip-gosip yang melanda rumahtangga kami termasuk gosip dengan Rozita. Kita tunggu sahaja, mungkin gosip ini akan senyap juga apabila Rozita berkahwin nanti,” ulas Siti sejurus selepas ditemubual dalam program Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Hari ini, program terbitan Haliza Mat Kharsa kembali merungkai gosip mengenai suami penyanyi terkenal, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau Datuk K memberikan kereta mewah kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.  

Program yang dihoskan oleh pelakon Scha Yahya ini menjemput pasangan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk K untuk bercerita mengenai kisah hidup rumahtangga mereka seperti yang disiarkan pada pukul 3 petang tadi.

Dalam bertanyakan soalan rumahtangga, Scha turut menyelitkan soalan gosip itu yang melanda hubungan pasangan itu termasuk membuat panggilan telefon secara menerus kepada Rozita untuk menjawab soalan cepu emas itu.

Sama seperti yang dijawab sebelum ini, Datuk K mahupun Rozita menidakkan telahan tersebut.

“Cerita itu tidak benar kerana sumbernya berpunca daripada internet. Saya pun tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya menghadiahkan kereta kepadanya,” komen Datuk K dalam nada yang tenang.

Selepas itu, Rozita dihubungi bagi menguatkan jawapan Datuk K yang gosip itu tidak benar. Datuk K dan Siti pandai menjawab soalan hos Scha dalam keadaan yang tenang terutama ketika diasak dengan soalan gosip.

Lantas, dalam masa beberapa saat, Rozita membalas panggilan lalu menyapa Siti dengan mesra sebelum menjawab gosip tersebut.

“Terima kasih kepada Sehati Sejiwa kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab gosip ini.  Kereta yang saya belikan itu merupakan hasil titik peluh saya yang telah dibeli sejak Mac 2007 dengan menggunakan wang sendiri dan bukan ditaja seperti yang dihebohkan. Saya tak pernah berjumpa dan mengenali Datuk K secara peribadi,” jelas Rozita. Sesekali Siti mengelap peluh Datuk K semasa program berehat memberi peluang kepada iklan.

Sesudah penjelasan tentang Datuk K membeli kereta untuk Rozita diberikan, soalan berbaur gosip yang mengatakan Datuk K pernah mengasari Siti turut dituju kepada pasangan ini. Siti yang diminta menjawab soalan itu berkata dia menganggap gosip yang tersebar itu bagaikan melengkapkan satu demi satu siri drama.

“Kalau cerita seperti ini memang cepat tersebar. Lepas ini saya tak tahu apa lagi cerita yang akan keluar. Kira seperti kisah rumahtangga saya ini ibarat sebuah drama bersiri. Saya tak tahu apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini. Sebagai orang Islam, saya rasa mereka mesti tahu hukum kalau kita bergosip,” jawab Siti.

Selain itu, Scha turut menyentuh tentang gosip Datuk K telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang pramugari.

Sama seperti jawapannya sebelum ini, Datuk K menganggap isu kahwin pramugari itu adalah tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan yang dicetuskan oleh rakan-rakannya dan kenalan VIP. Antara persoalan lain yang dibualkan adalah berkaitan kehidupan berumahtangga, keistimewaan pasangan masing-masing, dan aktiviti masa lapang termasuk pengisian klip video Siti dan Datuk K.  

Begitu juga sesekali diselitkan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga selama dua tahun ini.  Menariknya, sesi temubual yang berlangsung selama satu jam ini turut diselang-selikan dengan panggilan daripada penonton yang bertanyakan pelbagai soalan dan tidak kurang juga seorang pemanggil yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini. – mstaronline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Fabulous Cats Lebarkan Sayap Ke Indonesia

Show Your Love, Pass Your Cornetto