in , ,

Gossip Betul Ke Noor Nabila Sudah Bertunang dengan Engku Emran, Ini Jawapannya

Tiada angin , tiada ribut, tiba-tiba kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila mengundang teka-teki apabila didakwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan mengesahkan berita itu yang tular di media sosial sejak hari ini.

“Buat masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen,” demikian kata Noor Nabila mengenai dakwaan dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Noor Nabila Sudah Bertunang Dengan Engku Emran

Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.

Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram.

Kepada yang tak tahu, Noor Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, tapi jodoh tak lama, mereka bercerai pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden. Hubungan antara mereka masih lagi rapat dan Sharnaaz sering dilihat menghabiskan masa di rumah keluarga Noor Nabila untuk bersama anaknya.

Manakala Engku Emran pula sebelum ini pernah bernikah dengan Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014 dan berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Chynthia Bella pada tahun 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

*Sumber: Harian Metro

Noor Nabila Sudah Bertunang Dengan Engku Emran

Gosip Bertunang, Nabila Enggan Komen

KUALA LUMPUR: ‘Saya belum ada apa-apa nak komen sekarang.’

Ringkas jawapan kakak Neelofa, Noor Nabila apabila diminta mengulas gosip bertebaran konon bertunang dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang hangat diperkatakan dalam laman sembang, sejak akhir-akhir ini.

Nabila dikatakan mula intim dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

Malah, foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.

Lantas, jawapan ringkas diberi Nabila melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online, bagai terus meninggalkan tanda tanya apa sebenarnya yang terjalin dalam hubungan mereka.

Semakan di Instagram (IG) Nabila mendapati, usahawan dan penerbit itu menjadi pengikut Engku Imran di media sosial sama.

Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di IG.

Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.

*Sumber: Berita Harian

Noor Nabila Sudah Bertunang Dengan Engku Emran

Engku Emran, Noor Nabila Bercinta?

Tiada angin , tiada ribut, tiba-tiba kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila mengundang teka-teki apabila didakwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Khabar angin tersebut tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila baru-baru ini.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.

Perkara tersebut menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.

Hasil tinjauan Kosmo! bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad juga pernah memuat naik foto dirinya bersama beberapa individu lain, termasuk Engku Emran sewaktu melakukan aktiviti berbasikal dalam Instagramnya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, hubungan mereka masih menjadi tanda tanya dan tiada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh pihak mereka tentang dakwaan tersebut.

Bagaimanapun ada netizen berpendapat hubungan mereka sekadar teman rapat kerana sering melakukan aktiviti berbasikal bersama. –

*Sumber: K! ONLINE

Noor Nabila Sudah Bertunang Dengan Engku Emran

Dakwaan Noor Nabila Sudah Bertunang Dgn Engku Emra, Ini reaksi sempoi Sharnaaz

Tiada angin tiada ribut, timbul gosip di Cari Forum terkait kakak kepada seorang selebriti terkenal iaitu Noor Nabila dengan bekas suami Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran pula.

Tular foto di Cari Forum dimana netizen mendakwa Engku Emran berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi.

Malah, tajuk forum itu juga mendakwa Nabila sudah bertunang dengan Engku Emran dan tertanya-tanya siapakah yang akan berkahwin dahulu, adakah Nabila atau adiknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan tersebut. Namun netizen mengatakan mungkin Engku Emran hadir ke rumah Nabila sekadar jemputan sahaja.

Noor Nabila

Reaksi Sharnaaz, Sharnaaz Ahmad Enggan Campur Gosip Cinta Bekas Isteri

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran.

Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.

“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya secara ringkas.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan mendakwa kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku

Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella.

Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman | 23

Zoo Negara Dibuka Hari Ini Ikut SOP, Dapatkan Diskaun Tiket 20 Peratus!

Shuk Sahar 150X150 1 | 24

Kecoh Gerai Air Shuk Sahar Kena Terbalik, Sekali Netizan Perasan Benda Lain