in

Gossip Artis Wanita Mabuk di Kelab Gay

Artis wanita mabuk di kelab gay

Tak sangka artis wanita tu suka berhibur.

Benar ke cerita yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik ni? Ada kawan Mangga Muda nampak si pelakon wanita ini mabuk-mabuk pada malam minggu lalu.

Dia dan seorang pelakon lelaki berhibur di kelab gay. Oh! ke sana pulak dia berhibur. Mangga Muda tak tahulah pulak macam mana keadaan di kelab itu sebab mangga Muda tak pernah ke sana. Agak-agaknya walaupun ia kelab khusus untuk lelaki, wanita juga dibenarkan. Tapi biasanya wanita yang sekepala dengan merekalah.

Tak tahulah pulak Mangga Muda sama-ada pelakon lelaki bukan Melayu yan berhibur bersama-sama pelakon wanita itu sifatnya gay atau sebaliknya. Mangga Muda tak ada dengar pulak gosip pasal hal tersebut dengan diri pelakon lelaki kacak tersebut.

Tapi Mangga Muda tak ada dengar pulak gosip cinta pasal pelakon tersebut. Lagipun pelakon lelaki itu bukanlah banyak berlakon… hanya watak-watak yang sesuai dengan penampilan dan gaya dirinya ajalah. Jaranglah nampak wajahnya dalam drama bersiri yang kini semakin banyak diterbitkan.

Yang membuatkan Mangga Muda cuak tu sebab si pelakon wanita itu ada dikaitkan bercinta dengan seorang artis lelaki. Tak tahulah sama ada hubungan mereka dah berakhir ataupun memang dia jenis yang pasang banyak kekasih. Nanti Mangga Muda risik-risik status hubungan cintanya ya. [Mangga Online]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Ejen Jualan Langsung MLM Haram

Pendekar Bujang Lapok & Mimpi Moon Sempena Hari Seniman