in

Gossip Ana Dahlia & Chef Riz Bercinta?

Tak elok nak bergossip banyak-banyak di bulan puasa ni. Sikit-sikit sudah la ya, nanti kurang pahala puasa. Budiey sekadar nak letak gambar pasangan artis yang katanya sedang hangat bercinta, pelakon Ana Dahlia dan Nazri; anak lelaki Chef Wan yang bergelar Chef Riz ni. Semalam, Budiey ada skodeng diorang di rakaman Melodi Raya 2011 di PWTC. Haaa kau, siap hadir dengan pakaian biru tua sedondon lagi tu. Romantik tak, uols?

Elok je pasangan ni, si Riz ni dah pun berusia 29 tahun, baik sangatlah langsungkan cepat-cepat ya. Korang memang serasi dan sepadan je. Lagi pun, dari segi kewangan dah stabil sebab anak teruna Chef Wan ini sudah punya restoran sendiri yang bernilai juta-juta RM yang diusahakan bersama 2 orang rakan kongsi; Restoran On The Table. Ana Dahlia atau nama betulnya Diyana Mastura Jaafar pula apa kurangnya, sekarang namanya dah makin naik mencanak dan banyak juga drama yang dilakonkan oleh beliau, serta dulu pernah berposing seksi dalam filem Mantra. Rasanya Chef Wan mesti setuju kalau Ana jadi menantu, manis, lembut, sopan dan ayu je Ana ni.

Yang pastinya, berita pasal mereka bercinta ni akan keluar dalam majalah dan suratkhabar serta portal hiburan dalam sehari dua ni. Korang bacalah camna diorang boleh jatuh cinta dan kenal-kenal ni.

Rakaman Melodi Raya 2011

Rakaman Melodi Raya 2011

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 1

Maybank Targets 70% Market Share With Enhanced eDividend Service