in , ,

GoPro Hero 12 Dilancarkan dengan Sensor Lebih Besar & Sokong Audio dari AirPods 

GoPro secara rasmi melancarkan kamera aksi baharu mereka iaitu GoPro Hero 12 Black. Hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga pengalaman penggunaan yang lebih baik dari model sebelumnya.

GoPro Hero 12 Black dilancarkan hari ini dengan ia memberikan peningkatan kepada tempoh rakaman yang mampu dilakukan. Dengan sekali caj, GoPro Hero 12 Black boleh melakukan rakaman video sehingga 2.5 jam pada tetapan 1080p 30 kerana penggunaan bateri baharu Enduro mereka.

Kamera aksi ini dilengkapi sensor 27MP 1/1.9″ CMOS yang membolehkan rakaman video sehingga 5.3K 60FPS dilakukan. 

GoPro Hero 12 Dilancarkan dengan Sensor Lebih Besar & Sokong Audio dari AirPods

Ciri menarik baharu yang diperkenalkan ialah kamera kini boleh merakam audio daripada AirPods atau sebarang fon telinga bluetooth di pasaran.

GoPro Hero 12 dilancarkan dengan bateri lebih lama, sensor lebih besar & sokong audio dari AirPods 

 Lensa dengan sudut pandangan 156° mempunyai lapisan hidrofobik yang memastikan tiada titisan air melekat pada lensa.

Selain itu, Hero 12 Black ini turut hadir dengan Max Lens Mod 2.0 yang menyokong rakaman dengan sudut pandangan sehingga 177 darjah untuk 4K 60fps. Max Lens Mod 2.0 juga menawarkan sudut pandangan 36% lebih luas untuk video melintangdan 48% lebih tinggi untuk video menegak. 

GoPro Hero 12 Dilancarkan dengan Sensor Lebih Besar & Sokong Audio dari AirPods

Dari segi ketahanan, Max Lens Mod 2.0 adalah dua kali ganda lebih tahan calar dan dilindungi dengan lapisan hidrofobik yang turut menyokong GoPro Hero generasi lama seperti Hero 9, 10 dan 11.

Terdapat juga aksesori lensa tambahan yang membolehkan rakaman pada sudut 177°. Kamera ini tahan lasak dan boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 33 kaki. 

Bateri Enduro baharu yang digunakan juga direka untuk beroperasi dalam keadaan sejuk yang biasanya menyebabkan bateri biasa kehabisan caj dengan lebih pantas.

GoPro Hero 12 Dilancarkan dengan Sensor Lebih Besar & Sokong Audio dari AirPods

Perkara menarik mengenai Hero 12 Black adalah ia kini menyokong audio secara terus daripada mikrofon Bluetooth seperti AirPods atau TWS lain. GoPro turut menyatakan yang Hero 12 Black kini menyokong jangka hayat bateri dua kali ganda lebih baik berbanding model sebelumnya.

GoPro Hero 12 Dilancarkan dengan Sensor Lebih Besar & Sokong Audio dari AirPods

GoPro Hero 12 Black dijual pada harga bermula $400 (~RM1870) untuk kamera sahaja dan meningkat ke $480 (~RM2286) dengan beberapa aksesori mod tambahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar & The Locos

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Yang Padu & Terindah!

PRISM+ Tawarkan Diskaun Hebat & Hadiah Semasa Jualan Shopee 9.9