in ,

Girls’ Generation Bakal Perform di 2013 Asia Super Showcase in Malaysia

[dropcap]G[/dropcap]rup K-Pop sensasi, Girls’ Generation bakal buat persembahan di 2013 Asia Super Showcase in Malaysia pada 19 Mei 2013 di Stadium Merdeka jam 8.30 malam. Pastinya ramai peminat Girls’ Generation yang dah teruja sebab setelah kedatangan grup ini tahun lalu, grup yang dianggotai oleh sembilan wanita yang hot ini dikhabarkan akan terbang semula ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat.

Sebenarnya, ini adalah kali kedua Girls’ Generation perform di Malaysia. Kali pertama di Twin Tower @Live 2012 tahun lalu dan nampaknya, peminat masih tak puas. Budiey rasa, Budiey nak attend 2013 Asia Super Showcase in Malaysia untuk buat liputan. Jika ada tiket lebih dari penganjur, boleh hulur kat korang juga menerusi peraduan. Itu pun kalau ada la ya. Kalau takde, kenalah kumpul duit dari sekarang. Harap-harap BigBang dan Super Junior pun akan join konsert ini.

Girls’ Generation adalah grup artis pertama yang mengesahkan kehadiran mereka di konsert ini. Senarai artis lain yang akan perform dan juga harga tiket akan diumumkan sedikit masa lagi.

Snsd-Girls-Generation

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jack Neo Heads Up Team of Singapore Delegates at AIFFA 2013

Sinopsis Drama Bangkitnya Seorang Perempuan TV3