in ,

Gimik Menarik di Tayangan Filem OPHILIA?

pekin

Pertemuan 4 mata di antara myFilem bersama pihak Eleven Field Sdn Bhd selaku penerbit filem Ophilia pada awal bulan Mac 2015 yang lalu membuahkan hasil di mana pihak Eleven Field bersetuju untuk memberi hak eksklusif filem Ophilia kepada myFilem.

Filem Ophilia merupakan filem pertama yang bertemakan skinhead di Malaysia. Ia turut tercalon mewakili Malaysia di Asean International Film Festival & Award 2015 (AIFFA) pada 9 – 11 April 2015. Untuk makluman, filem Ophilia tidak pernah dilayarkan di mana-mana station TV di Malaysia setelah tamat tayangan wajib di panggung wayang. Malahan, ianya juga tidak pernah diterbitkan secara salinan cakera padat DVD bagi mengelakkan filem tersebut dicetak rompak. Selepas mendengar penjelasan dan hala tuju myFilem, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin selaku penerbit filem Ophilia sendiri bersetuju untuk menyumbang filem Ophilia sebagai tanda sokongan untuk membanteras aktiviti cetak rompak secara digital.

Gimik Menarik di Tayangan Filem OPHILIA

Berita mengenai kemunculan filem Ophilia di portal myFilem telah tersebar luas dan para peminat filem Ophilia menggesa supaya satu sesi re-screening diadakan bagi tujuan perasmian pelancaran filem Ophilia di portal myFilem. Bagi merancakkan lagi sesi re-screening tersebut, satu gig bakal dianjurkan bagi tanda sokongan dan penghargaan terhadap sub-culture yang banyak memberi sokongan terhadap filem Ophilia.

Maka pihak myFilem serta Eleven Field Sdn Bhd sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Ophilia Encore (tayangan filem Ophilia dan persembahan) pada 2 Mei 2015, jam 6.00 petang hingga 11.30 malam di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara. Tiket yang ditawarkan bagi tujuan tayangan perdana serta gig adalah sebanyak RM50.00 dan para penonton boleh menonton semula secara atas talian setelah tamat Ophilia Encore. Para pelakon-pelakon utama filem Ophilia iaitu Que Haidar, Kodi Rasheed, Pekin Ibrahim, penerbit dan pengarah, Raja Mukhriz serta beberapa artis jemputan lain turut akan hadir. Tambahan pula pihak penganjur turut menyediakan cenderahati kepada para pembeli tiket Ophilia Encore. Beberapa kumpulan muzik underground yang terkenal seperti Roots & Boots, Riddim Bois, The Merc, Brown Attack serta Spiderwar akan mempersembahkan lagu-lagu mereka. Tiket Ophilia Encore boleh dibeli secara atas talian di portal myFilem, www.myfilem.my sebelum 1hb Mei 2015. Sebarang persoalan lanjut mengenai tiket tersebut boleh hubungi wakil myFilem di 03-2166 6558 atau [email protected]

Ophilia Encore ini turut diraikan oleh Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis DiRaja Malaysia (cawangan Petaling Jaya), Jabatan Sukarelawan Malaysia, RELA (cawangan Petaling Jaya), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Top Hit Studio, Dr. Martens (M) dan pihak media.

myFilem bukannya wujud untuk berada di dalam persaingan bersama industri penyiaran sama ada di stesen televisyen atau panggung wayang. myFilem merupakan sebuah landasan interaktif dua hala, bagi memartabatkan industri perfileman tanah air dan membendung gejala cetak rompak. Selain daripada memberi keselamatan secara digital terhadap filem-filem yang ditawarkan, myFilem turut menjadi landasan baru bagi penerbit filem memasarkan filem-filem mereka di seluruh dunia memandangkan portal myFilem boleh dicapai di mana-mana sahaja. Tambahan pula portal myFilem boleh dicapai dengan menggunakan pelbagai jenis peranti seperti telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Ia secara langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan penerbit filem dan dalam masa yang sama dapat membawa industri perfileman tempatan setaraf dengan industri perfileman antarabangsa.

myFilem menyeru supaya peminat-peminat filem tempatan untuk hadir pada sesi re-screening filem Ophilia pada 2 Mei 2015 sebagai tanda sokongan pada industri perfileman tempatan di samping dapat beramah mesra secara dekat dengan pelakon-pelakon utama filem tersebut.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ini Alasan Almy Nadia Tak Mahu Dedah Gambar Anak

Ella Kembali Dengan Single Terbaru ISTIMEWAH