in , , ,

Gerun Berduet dengan Nana dalam Gurauan Berkasih, Naqiu Terkenang Memori Achik

Kehangatan Gegar Vaganza semakin terasa, begitu juga dengan prestasi persembahan peserta kegemaran ramai, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib. Budiey sempat menemubual Naqiu selepas konsert GV6 dan beliau mengatakan lagu ini memberi seribu makna dalam hidupnya.

Naqiu akan menyanyikan lagu GURAUAN BERKASIH, nyanyian asal duet Siti Nordiana dan Achik Spin untuk konsert minggu ke-4. Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, lagu tersebut membawa makna yang besar.

Video temubual Budiey bersama Naqiu telah ditonton sebanyak 100,000 tontonan di Youtube:

Jelas Naqiu, apabila mendapat tahu bakal menyanyikan lagu hits sekitar 1999 itu, fikirannya terus teringat kenangan bersama arwah Achik Spin.

Memulakan karier dalam durasi masa yang sama, Naqiu memberitahu bahawa arwah Achik merupakan seorang kawan yang sangat baik dan sangat suka bergurau setiap kali bertemu.

“Arwah Achik merupakan kawan baik saya dan arwah suka bergurau dengan saya…”

– Naqiu

Bercakap mengenai persembahan duet bersama Siti Nordiana, bekas vokalis kumpulan Boboy itu meluahkan rasa gementar, kerana sedia maklum bahawa Nana kini sudah mempunyai nama besar dalam industri sebagai bekas juara GV.

Walau bagaimanapun, Naqiu berhasrat mahu membawa lagu tersebut sebaik mungkin mengikut caranya tersendiri dan akan memastikan persemabahan minggu hadapan lebih memukau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Sebalik Tabir Rumah Seram TRAIN TO BUSAN, Resorts World Genting Kini Terbongkar

Apple Lancar AirPods Pro Bernilai RM1,099, Lengkap Teknologi Noise-Canceling