in

Geng MAHARAJA LAWAK Dalam Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2

Kemunculan filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 yang dinantikan kini telah tiba. Filem ini akan menjanjikan lebih keseronokan dalam elemen seram komedi yang bakal berasap di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Dibintangi oleh pelakon-pelakon hangat seperti Kumpulan SHIRO, Azad Jazmin, Rahim R2, Kumpulan BOCEY, Kumpulan CUIT dan ramai lagi. Pengalaman sebagai peserta Maharaja Lawak, telah membantu para pelakon dalam menjiwai watak dengan baik ditambah dengan keserasian dan kerjasama di antara satu sama lain.

Geng MAHARAJA LAWAK Bakal Berasap dalam Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2

Seperti mana yang kita ketahui, SHIRO sememangnya mempunyai sentuhannya yang tersendiri tambahan mereka juga merupakan naib juara di dalam program Maharaja Lawak Mega 2013 yang lalu. Selain itu, juara Maharaja Lawak Mega 2013, Rahim Sepahtu turut menggendong watak di dalam filem ini.

[pullquote]Termasuklah juga dengan kumpulan BOCEY iaitu gandingan Abam dan Fadzlie. Kesemua peserta ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Tidak lupa juga Azad Jazmin yang biasa dikenali dengan hero solo atau pelakon pembantu sejak dari mula terlibat dalam bidang lakonan.[/pullquote]

Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 sekali lagi mendapat sentuhan eksklusif Ernie Chen selaku pengarah filem, dengan idea-idea kreatif dan terkini yang diterapkan oleh beliau. Pelbagai variasi dan kelainan yang bakal mencuit hati para penonton dan menggegarkan pawagam sehingga mereka tidak kering gusi.

Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana mempunyai klasifikasi PG13. Jangan lupa untuk nantikan kemunculan filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 yang bakal berasap di pawagam. Ini kerana ia merupakan filem seram komedi yang wajib ditonton pada tahun 2014.

outLOUD Studios adalah sebuah syarikat komunikasi media dan juga hiburan di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2003, outLOUD Studios dijadikan sebagai satu pusat untuk industri hiburan dan juga komunikasi media dengan menawarkan pelbagai kemudahan dan servis yang berkaitan dengan industri ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Persembahan Shah Rukh Khan di Konsert Temptation Reloaded

Dunia Glamor Sudah Berlalu, Rebecca Nur Al Islam Beri Percuma & Jual Semua Baju Seksi