in ,

Gempak Terbit Muzik Video Tribute Buat Tun M & Tun Siti

Lagu ikonik ‘Standing In The Eyes of The World’ diberi nafas baharu sempena ulang tahun kelahiran buah hati rakyat Malaysia

Bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-94 tahun dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang ke-93, portal hiburan Gempak dengan berbesar hati menerbitkan muzik video tribute berjudul ‘Malaysia’s Amazing Couple – Standing In The Eyes of The World 2019’ sebagai tanda penghargaan buat kedua buah hati rakyat Malaysia yang cukup dihormati ini.

Lebih manis lagi, tarikh kelahiran pasangan tokoh negara ini turut jatuh berdekatan iaitu cuma berselang dua hari pada 10 Julai dan 12 Julai.

Istimewanya, rakaman semula lagu ikonik ‘Standing In The Eyes of The World’ yang diberi nafas baharu tersebut turut menampilkan penyanyi asal iaitu Ratu Rock Negara, Norzila Aminuddin atau lebih popular dengan nama Elladan turut dinyanyikan bersama oleh lima lagi penyanyi cilik yang berbakat besar iaitu Kashika (Ceria Popstar), Umairah (Ceria Megastar Ministar), El (Ceria Megastar Ministar), Adinda (Ceria Popstar) dan Yoyo Cheow.

Terdahulu, lagu nostalgia ‘Standing In The Eyes of The World’ telah dirakamkan buat pertama kali pada tahun 1998 dan turut diangkat sebagai lagu rasmi Sukan Komanwel pada tahun yang sama. Lagu tersebut merupakan ciptaan bersama komposer Datuk Wah Idris dan David Gates. Manakala liriknya pula merupakan hasil nukilan Habsah Hassan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kebebasan untuk belajar luar kelas dengan Maxis eKelas

Xiaomi Joins Lazada Mid-Year Festival