in , ,

Gemencheh Boys Salur RM1 Dari Setiap Pembelian Tiket Bantu Rakyat Palestin

Penerbit Astro Shaw mengumumkan akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’ ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula 30 Oktober 2023.

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, 

Inisiatif sumbangan ini adalah tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza.”  

Raja Jastina Raja Arshad
Gemencheh Boys_RM1Dari Pembelian

‘Gemencheh’ Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.

‘Gemencheh Boy’s adalah sebuah kisah enam budak ‘jahanam’ sewaktu zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi  di kalangan penduduk kampung. Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Two L Perkenal Fesyen Bersaiz Besar di The Starhill Pelbagai Warna & Citarasa

FAZLEY YAAKOB GEGAR VAGANZA 2021

Datuk Fazley Yaakob Nafi Rumah Tangga Raf & Mawar Rashid Bergolak