in ,

Pertandingan Nyanyian GEMA GEGAR VAGANZA Bakal Jadi Fenomena?

Buat julung kalinya, Astro Oasis bakal membawakan sebuah program berkonsepkan realiti pertandingan nyanyian, “Gema Gegar Vaganza” yang bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada setiap hari Sabtu mulai 8 April 2017, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis dan Maya HD. Gema Gegar Vaganza merupakan salah satu inisiatif Astro Oasis dalam mengangkat dunia nyanyian yang berteraskan Islam ke tahap yang lebih tinggi, dalam usaha menjadikan saluran ini sebuah saluran Islamik yang progresif.

GEMA GEGAR VAGANZA

Mulai April ini, 10 barisan peserta (solo dan berkumpulan) bakal menggegarkan malam minggu anda dengan sebuah persembahan mingguan yang hebat. Menarik lagi, barisan peserta ini terdiri dari mereka yang bukan calang-calang orangnya. Kesemua mereka ini pernah menghiasi industri hiburan tanah air dan memiliki peminat yang tersendiri. Kini, mereka kembali untuk berentap di pentas ‘Gema Gegar Vaganza’! Siapakah mereka?

Dalam pada itu, siapa pula yang akan mengadili persembahan mereka? Temui barisan peserta dan pengacara Gema Gegar Vaganza serta juri tetap program yang kesemuanya terdiri daripada barisan selebriti hebat tanah air di sesi sidang media yang akan diadakan pada hari Isnin ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai buah tangan terbaharu daripada Astro Oasis ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar EKSPRESI NEGARAKU Yang Meriah

Peraduan Premiere With Budiey Filem LA LA LA AT ROCK BOTTOM