in , ,

Gegaran HENDAKLAH CARI PENGGANTI Nyanyian Arief Putra Kian Terasa

Nama Arief Putramungkin ramai yang tidak mengenali di kalangan masyarakat Malaysia berbanding di Indonesia. Kini, anak muda ini memulakan langkah untuk menapak di persada seni hiburan Malaysia dengan melancarkan single berjudul HENDAKLAH CARI PENGGANTI.

Arief Putra sendiri merupakan penyanyi yang banyak menyanyikan lagu slow rock . Arief Putra berasal dari Jakarta, Indonesia . Arief mempunyai suara yang sangat merdu dengan cengkok khas melayu dan lagu – lagu yang dinyanyikan beliau kebanyakan viral di TIKTOK . Bahkan di akaun youtube, lagu arief pernah ditonton hingga ratusan juta kali. Tentu ini menjadi pencapaian yang luar biasa bagi Arief Putra.

Arief tampil dengan single terbaru berjudul ‘Hendaklah Cari Pengganti’ ciptaan pengkarya di Indonesia iaitu Ayu Rizki Yani (isteri kepada pemuzik terkenal Indonesia – Dodhy Hardiyanto). Selain menyanyikan lagu sendiri, Arief Putra juga sering berduet dengan Yolanda.Yolanda sendiri merupakan penyanyi Minang. 

Arief Putra

Single ini antara kolaborasi di antara Luncai Emas dan Arief Putra . Berpandukan objektif syarikat ke arah mewujudkan keseimbangan seni dan komersialisme, dan masa yang sama menyesuaikan perubahan kepada trend muzik kini , Luncai Emas telah berbincang dengan wakil pengurus di Indonesia iaitu Mujahid & Rino untuk edaran & pentadbiran single ini di bawah Luncai Emas serta melancarkan single ini di youtube dan saluran penstriman bagi negara Malaysia & Singapura.

Arief Putra

Hasilnya merupakan satu kejutan apabila video klip ‘Hendaklah Cari Pengganti’ oleh Arief telah mencapai lebih 600 ribu tontonan di youtube Luncai Emas dari tarikh muat naik ke youtube iaitu 8 September 2021. Menurut wakil pengurus di Indonesia ‘’Saya lihat sambutan di Malaysia amat baik ‘’ – Kata Mujahid . Luncai Emas Sdn Bhd yang dipelopori oleh penyanyi, pemuzik, komposer, penulis lagu terkemuka Malaysia, Datuk M. Nasir, merasakan single dari penyanyi asal solo minang ini semakin terasa dan disambut baik oleh pendengar dan peminat di Malaysia . Rino juga mengaku, ‘’untuk singel terbaru Arief masih tetap bermain di genre musik slow rock Melayu. Dan lagu ini nantinya bisa diterima dengan baik oleh pencinta musik di Malaysia & Indonesia maupun di luar . Terimakasih yang tak terhingga kepada semua yang sudah terlibat dalam pengarapan lagu terbaru Arief. Semoga lagu lagu ini nantinya menjadi koleksi musik di tanah air,” harapnya. 

Disebut tentang pelancaran lagu ‘Hendaklah Cari Pengganti’ ini , Luncai Emas mengambil peluang untuk mengajak semua menonton video klip di saluran youtube Luncai Emas, audio rasmi pula telah dimuat naik ke semua saluran digital. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes di Malaysia & Singapura.

Arief Putra

Lirik Lagu Hendaklah Cari Pengganti

Dingin malam yang sepi

Aku terdiam diri

Mahligai cinta kita 

Semakin menepi

Dirimu kusayangi dengan sepenuh hati

Namun sepenggal diri telah berganti

Lelah kaki melangkah

Sesat dan tanpa arah

Dan di puncak khayalan

Dirimu kuharapkan 

Namun engkau berubah

Tak seperti biasa

Sungguh aku terluka dengan ini semua

Hendaklah engkau cari pengganti

Aku tak pantas engkau miliki

Kita bagaikan langit dan bumi

Jauh sekali

Sungguh sukar memilikimu

Ingin kugapai tapi tak mampu

Cinta yang dulu sangat menggebu

Hilang berlalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alexander Nanta Linggi Menteri Perdagangan Dalam Negeri

Malaysian Bumiputra Designer Association Melancarkan MY Gaya Month

Adibah Noor | 14

Sinopsis Drama Bersiri KELUARGA UNTUK DISEWA Lakonan Adibah Noor