Senarai Penuh Peserta GEGAR VAGANZA 2018 Musim Ke-5

Buat pertama kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) tampilkan peserta duo dan berkumpulan. Pelantikan semula Tok Ram & Tok Khaty selaku juri tetap manakala hos dikekalkan menjadikan Gegar Vaganza kali ini lebih boom meletop!

Wah! Nampaknya Budiey terpaksalah berkampung lagi di Dewan MBSA Shah Alam setiap Ahad. Ingat ke apabila habis BIG STAGE, bolehlah berehat malam Ahad.

Kalau korang boleh lihat, untuk liputan BIG STAGE, Budiey tak pernah terlepas untuk ke lokasi konsert saban minggu untuk liputan menyeluruh. Yeah! Akhirnya, BIG STAGE dah sampai ke peringkat akhir. Gegar Vaganza

Pada minggu ini, seorang juara bakal dinobatkan. Agak-agak siapa la yang akan membawa pulang wang tunai RM100,000 tu ya. Apa-apa pun, selepas BIG STAGE, Budiey akan sibuk pula dengan GEGAR VAGANZA musim ke-5. Seperti musim yang lalu, 12 bintang bertaraf otai kembali menyinar menerusi rancangan realiti kegemaran ramai ini.

Jom kita tengok dulu video penuh sekitar pelancaran dan sidang media pengumuman para peserta.

Jurusolek Artis Bocorkan Senarai Nama Peserta

Majlis sidang media program itu akan dilangsungkan sekali gus memperlihatkan senarai 12 peserta Gegar Vaganza 5. Meskipun belum diumumkan secara rasmi, peminat sudah menjangkakan beberapa senarai penyanyi yang akan menyertai GV5 kali ini. Antara nama yang disebut-sebut adalah Mya Matahari, Amelina, Zamani dan Dia Fadila.

Susulan dari isu senarai nama peserta yang dah leaked tu, Raqim menjawab dari soalan seorang media berkenaan senarai peserta itu dibocorkan oleh jurusolek dan Raqim mengatakan pihak Astro tidak dapat menghalang perkara ini berlaku kerana di luar kuasa. Namun, pihak Astro akan mengambil tindakan yang sangat keras terhadap pembocoran rahsia ini.

Gegar Vaganza 2018 Tampilkan Kelainan

Buat pertama kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan antara 12 peserta yang bakal bersaing menerusi musim kelima itu.

Mereka ialah kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza 5

Musim terbaharu ini juga memperlihatkan dominasi peserta wanita termasuk penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee dan Noryn Aziz. Turut bertanding, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla.

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan Shafie (Rio) mewakili peserta solo lelaki.

GEGAR VAGANZA 2018

Peserta Gegar Vaganza 5

  1. Safura
  2. Amelina
  3. Dia Fadila
  4. Hetty Sarlene
  5. Zamani
  6. Shafie Rio
  7. Noryn Aziz
  8. Farawahida
  9. Maya Matahari
  10. Billy Zulkarnain
  11. Kumpulan Forteen
  12. Kumpulan Elite

GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini.

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Syafiq Kyle Alami Pendarahan Otak

Tiket Konsert iKON & Winner di Kuala Lumpur Semakin Laris