in , ,

Gegar Vaganza 7 Catat Rekod Peserta Paling Ramai dengan 14 Orang Bintang

Setelah hampir setahun, program realiti kegemaran ramai, Gegar Vaganza 7 (GV 7) kini akan kembali menemui penonton dengan barisan peserta yang bakal memberikan saingan sengit.

Mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’, GV 7 yang bakal dilaksanakan mengikut SOP dan rutin kelaziman baharu ini juga turut mencatatkan rekod bilangan penyertaan terbanyak sepanjang sejarah penganjuran edisi sebelum ini iaitu seramai 14 peserta, iaitu membabitkan 12 peserta solo dan dua kumpulan.

Antara bintang yang bakal berentap kali ini ialah Mus May, Noraniza Idris, Yantzen dan Ayu Damit. Selain itu, seramai 10 lagi bintang yang bakal menghangatkan pentas GV 7 ialah  Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.

Sementara dua lagi bintang yang melengkapkan 14 bintang GV 7 terdiri daripada dua buah kumpulan popular era 90-an iaitu Indigo dan Eva.

GV 7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, GV7 kali ini menampilkan seorang sahaja penyertaan negara jiran, iaitu Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura.

“Mengenai penyertaan dari negara jiran seperti musim-musim sudah kerana edisi kali ini cuma menampilkan seorang sahaja wakil luar iaitu Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura yang kini menetap di Malaysia.

“Seperti yang semua sedia maklum, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat seluruh dunia ekoran penularan pandemik COVID-19. Krisis berkenaan telah membataskan banyak perancangan Astro termasuk produksi GV sendiri yang sebetulnya sudah mempunyai senarai artis dari negara jiran yang ingin kami pelawa untuk bersama-sama memeriahkan musim ini.

“Namun begitu, segala perancangan yang diatur terpaksa ‘disimpan’ untuk dibawa ke musim hadapan atas faktor keselamatan selain terikat dengan syarat SOP yang ketat.

– Emarina Mohd Kamal

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, GV7 kali ini menampilkan seorang sahaja penyertaan negara jiran, iaitu Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura.

“Mengenai penyertaan dari negara jiran seperti musim-musim sudah kerana edisi kali ini cuma menampilkan seorang sahaja wakil luar iaitu Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura yang kini menetap di Malaysia.

“Seperti yang semua sedia maklum, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat seluruh dunia ekoran penularan pandemik COVID-19. Krisis berkenaan telah membataskan banyak perancangan Astro termasuk produksi GV sendiri yang sebetulnya sudah mempunyai senarai artis dari negara jiran yang ingin kami pelawa untuk bersama-sama memeriahkan musim ini.

“Namun begitu, segala perancangan yang diatur terpaksa ‘disimpan’ untuk dibawa ke musim hadapan atas faktor keselamatan selain terikat dengan syarat SOP yang ketat.

“Dalam masa sama, kami turut berpendapat bahawa ada hikmah di sebalik ujian yang melanda kerana penganjuran GV kali ini menampilkan dominasi penyertaan artis tempatan.

“Bertepatan pula dengan semangat solidariti seluruh rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik, maka ada manisnya apabila penganjuran kali ini membuka peluang kepada penghibur tempatan.

“Justeru, pentas GV7 ini secara rasminya dibuka untuk meraikan mereka dan semoga setiap peserta akan merebut peluang yang diberikan ini,” katanya.

– Emarina Mohd Kamal

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

*Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RENDANG DAGING DENDENG PERAK Sajian dari Istana, Berselera Makan!

Che Ta Cuci Gudang, Haji Zeel Promosi AsasiMall di Superwomen Sale