in , ,

LoveLove

Gegar Vaganza 2019 Nobat Hady Mirza & Naqiu Sebagai Juara Bersama

Sejarah tercipta apabila Gegar Vaganza 6 (GV 6) menobatkan dua orang juara, Hady Mirza dan Naqiu dalam saingan final yang berlangsung malam tadi. Tahniah buat Hady Mirza & Naqiu!

Dalam aksi final di Dewan MBSA, Shah Alam, Hady dan Naqiu berjaya menewaskan lima lagi peserta iaitu Hady Mirza, Naqiu, Sham Visa, One Nation Emcees, Nurfatima dan Jatt. Ternyata persembahan kedua-dua peserta tersebut berjaya memikat hati juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan Datuk Rizman Ruzaini.

Pengumuman tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat tegar rancangan realiti tersebut. Ini merupakan sejarah baru dalam industri hiburan tanah air di mana terdapat dua juara di dalam satu program rancangan realiti.

Naqiu Hady

Menurut Juri tetap program realiti itu, Datuk Ramli MS menjelaskan bahawa kemenangan dua juara iatu Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.

“Saya decide pemenangan adalah dua, dipersetujui oleh Astro. Bukan (sebab) keluarga, bukan apa, memang dua (penyanyi) bagus takkan you cakap nyanyi satu lagu dan tambah satu minggu lagi? Jadi saya putuskan dengan juri ada dua pemenang,”

Sementara itu, Jatt Ali pula berpuas hati di tempat ketiga, manakala tempat ke-4 pula menjadi milik Nurfatima kedudukan ke-5 pula diraih One Nation Emcees dan Sham Visa sekadar berpuas hati di tempat ke-6.

Selaku juara kedua-duannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan, pakej percutian dan trofi Gegar Vaganza.

Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan juara bersama iaitu Hady Mirza dan Naqiu.

Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi, Hady dan Naqiu meraih wang tunai RM100,000 dan trofi.

Hady dan Naqiu turut memenangi pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan percuma di sebuah hotel.

Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang ketiga. Sebagai ganjaran, Jatt menerima wang tunai RM30,000 dan hadiah lain.

Nurfatima menduduki tempat keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Persembahan peserta peringkat akhir diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman.

Hadiah disampaikan Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Melayu Astro, Azlun Reza Azmi.

Pentas akhir GV6 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Mengejutkan! Pertarungan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) menyaksikan kejutan apabila juri musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mempertahankan keputusan menobatkan Hady Mirza dan Naqiu sebagai juara bersama program realiti itu, malam tadi.

Keputusan tersebut sekali gus mencetuskan kontroversi dan menimbulkan ketidakpuas hatian dalam kalangan penonton dan peminat rancangan tersebut. Majoriti peminat tidak bersetuju dengan pengumuman dua juara yang dibuat oleh Astro itu.

Di samping itu, kemenangan tersebut juga mencetuskan perdebatan diantara peminat Naqiu dan Hady Mirza tentang siapa yang lebih layak menjadi juara untuk GV6 tersebut. Kebanyakan peminat dari Malaysia menyokong kemenangan tersebut perlu diberikan kepada Naqiu.

Ketua Juri, Datuk Ramli MS memberitahu keputusan dibuat selepas mendapati markah dikumpul Hady dan Naqiu adalah sama iaitu 87 peratus, selain beraksi hebat dan tidak melakukan kesilapan dalam persembahan.

“Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara.

“Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.

“Apa salahnya jika kita mengangkat mereka sebagai juara? Saya tak nampak mereka bersaing malam ini (tadi). Apa yang saya lihat, Hady dan Naqiu menyanyi seperti satu keluarga… Nampak keikhlasan mereka,” katanya pada sidang media selepas konsert malam kemuncak GV6 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad serta dua juri iaitu Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman Ibrahim.

Pendapat Ramli disokong Hetty yang kagum dengan corak persembahan Hady dan Naqiu terutama dalam segmen ‘battle’.

“Saya memang mengharapkan ada aksi beradu kekuatan vokal antara Naqiu dan Hady. Namun, itu tidak berlaku sama sekali. Sebaliknya, nyanyian mereka sangat harmoni. Situasi itu membuatkan saya bingung seketika.

“Mungkin selepas 11 minggu beraksi, mereka menjadi rapat dan ada keserasian. Itu yang membuatkan nyanyian mereka jadi begitu. Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan konon keputusan mengisytiharkan dua juara sudah dirancang awal berdasarkan dua trofi diterima pemenang, Raqim menjelaskan salah satu daripada trofi yang diberi hanyalah replika yang digunakan dalam sesi fotografi mempromosikan program itu.

“Kita hanya ada satu trofi manakala sebuah trofi lagi adalah replika yang digunakan untuk tujuan promosi. Kebetulan trofi itu memang ada, jadi kita berikan kepada mereka.

“Ini tiada kaitan langsung dengan spekulasi konon keputusan dibuat lebih awal seperti yang diperkatakan di laman sosial. Saya percaya dengan kredibiliti juri. Jika mereka kata dua peserta ini layak bergelar juara, saya hormat keputusan yang dibuat, ” katanya.

Malam tadi, GV6 membuat kejutan dengan mengangkat Hady dan Naqiu sebagai juara bersama.

Keputusan yang tidak dijangka itu mencetuskan polemik dalam kalangan warganet. Ramai mempertikaikan keputusan itu yang didakwa sudah diatur awal.

Atas kejayaan Hady dan Naqiu, Kemuncak GV6 tidak mengumumkan naib juara. Jatt, mendapat tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Sumber: Berita Harian

“Dah siap-siap buat dua trofi juara GV6!” – Astro jawab dakwaan rancang kemenangan Naqiu dan Hady Mirza

KEPUTUSAN juri tetap dan produksi Astro mengangkat dua juara dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung pada malam Ahad mengundang persoalan netizen.

Kemenangan itu disifatkan oleh penonton seolah-olah sudah dirancang kerana semasa pengumuman pemenang GV6, dua trofi sudah tersedia untuk diserahkan kepada Naqiu dan Hady Mirza.

Menjawab persoalan tersebut, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, menegaskan kemenangan tersebut tidak dirancang oleh produksi dan memberitahu salah satu trofi yang diterima oleh juara adalah mock up (model) yang digunakan untuk tujuan publisiti.

“Sejujurnya kami pun terkejut dengan keputusan pihak juri tetapi selepas dijelaskan kita bersetuju untuk mengangkat dua juara GV6.

“Memandangkan ini keputusan akhir, jadi kita kita tiada mock up cek wang tunai untuk dua pemenang dan disebabkan ada trofi mock up yang digunakan untuk sesi rakaman dan publisiti, jadi tak salah kita gunakan sementara.

Selepas ini kita akan serahkan trofi sebenar kepada salah seorang pemenang dan untuk berlaku adil kita akan tambah wang tunai dan bagi hadiah yang sama nilai untuk kedua-duanya,” katanya.

Raqim ditemui sejurus konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

Sebelum itu, menerusi laman sosial, ada penonton mempersoalkan mengenai kemenangan dua peserta dan berpendapat ia seperti sudah dirancang.

Sementara itu, Raqim berkata keputusan GV6 ditentukan sepenuhnya oleh juri dan pihak produksi menghormati keputusan tersebut.

Tahun ini banyak benda tak dijangka berlaku… mungkin ada yang tak gembira keputusan tapi ramai juga yang gembira jadi kita tak boleh ambil bulat-bulat kata orang di laman sosial.

“Ini kerana semua peserta diadili oleh juri profesional yang cukup arif dan pakar dalam bidang muzik, jadi kita serahkan mereka untuk menentukan siapa juara. Kita hormati keputusan malam ni!”ujarnya.

Dalam pada itu, juri tetap Datuk Ramli MS berkata pemilihan Hady dan Naqiu sebagai juara GV6 adalah kerana kedua-duanya menunjukkan persembahan nyanyian setara dan hampir sempurna.

“Saya tak boleh ambil salah seorang jadi pemenang sebab dua-dua sama, tak salah kalau kita bagi saja dua-dua jadi juara.

Salah satu sebab mereka layak adalah kerana mereka respect bunyi dan prestasi nyanyian antara mereka cukup setara, mereka enjoy di atas pentas.

“Penyampaian mereka ikhlas, bunyi nyanyian tiada menipu dan apabila kita bagi cadangan pada Astro mereka terima,” katanya.

Selain Ramli MS, juri tetap yang mengadili GV6 ialah Hetty Koes Endang dan juri jemputan pada malam akhir ialah Datuk Rizalman.

GV6 menyaksikan Naqiu (Boboy) dan Hady Mirza diangkat menjadi juara, Jatt Ali tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Sumber: mStar Online

What do you think?

845 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aspirasi Sihat Dalam MIRACLE HOSPITAL di TV1

zamani-slam

Raikan Program Khas Krismas 2019 di RTM