in , ,

Gara-Gara Tersingkir MLM 2021, Rahim & Man ‘Dibahan’ Dalam Sepahtu Reunion

Umum mengetahui, Maharajalawak Mega (MLM) 2021 baru sahaja membuka tirai baru-baru ini dan telah menyajikan beberapa lawak fresh serta terkini.

Lebih-lebih lagi mereka perlu membiasakan diri dengan lawak norma baharu dengan mematahui Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah pemakaian glove.

Setakat ini, program lawak itu telah memasuki minggu ke tiga dan kumpulan yang dianggotai oleh Rahim dan Man iaitu RNR terpaksa akur tersinggir dari MLM 2021.

Bagaimanapun, penyingkiran kumpulan itu mendapat perdebatan dari netizen oleh kerana mereka merupakan kumpulan senior dan mempunyai populariti tersendiri untuk bersaing dengan lebih jauh. Namun, apakan daya, rezeki tidak berpihak kepada mereka.

‘Bahan Manja’ Kumpulan RNR

Seperti yang kita ketahui, Rahim dan Man juga merupakan pelakon dalam sitkom komedi, Sepahtu Reunion disamping pelawak terkenal Jep Sepahtu dan pelawak otai, Pak Ya.

Namun, perkara melucukan berlaku semasa program ini bersiar baru-baru ini selepas Jep serta rakan-rakan yang lain sempat bergurau mengenai kumpulan RNR.

Sitkom yang bertajuk ‘Rahsia Lorong’ untuk episod kali ini telah membuka peluang kepada Jep yang seakan-akan menyindir penyingkiran kumpulan tersebut sehingga meriuhkan suasana.

Menerusi perkongisan Zon Lawak di laman Instagram, Jep yang gemar memberikan ayat-ayat moral sempat menyelitkan kedudukan kumpulan RNR sehingga membuatkan Rahim terdiam seketika.

Pak Ya Pun Sempat Bahan

Tak cukup dengan itu, Pak Ya yang turut berlakon dalam sitkom itu turut memerli rakan kumpulan RNR iaitu Man semasa awal adegan program tersebut dimulakan.

Pak Ya atau nama sebenarnya Illya Buang bin Shaharum sempat bergurau mengenai kumpulan itu dengan mengaitkannya dengan sebuah kawasan Rehat dan Reaksi (R&R).

Selain dari jalan cerita yang menghiburkan, lakonan mantap daripada tetamu jemputan iaitu pelakon, Uyaina Arshad yang memegang watak sebagai wartawan turut mewarnai sitkom tersebut. Lebih mengejutkan, Anak Perdana Menteri, Dafi yang memegang watak sebagai polis turut muncul beberapa minit sebelum program itu menutup tirai.

Mungkin dah sepakat awal-awal, Uyaina semasa awal kemunculan juga sempat membahan Rahim mengenai R&R sehingga membuatkan penonton tak kering gusi dibuatnya.

Menjengah pula pada ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen juga terhibur dengan telatah mereka yang membahan antara satu sama lain. 

Kesian Rahim dan Man, tak pasal-pasal jadi mangsa perlian. Apapun, harap ada rezeki di MLM seterusnya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Experience Samsung’s New Lifestyle Roadshow at IOI City Mall, Putrajaya

Filem STAND BY ME DORAEMON 2

Filem STAND BY ME DORAEMON 2 Ditayangkan di Astro First Bermula 4 November