in ,

Gara Gara Dibuli Teruk Oleh Netizen, Luna Maya Pernah Mahu Berhenti Jadi Artis

Luna yang juga seorang model itu mengatakan keputusan itu mahu diambil sewaktu dirinya baru berkecimpung dengan dunia media sosial, terutama saat zaman Twitter sedang popular.

“Saya sempat terkejut dan tertekan sewaktu awal ikut terjebak dalam dunia media sosial.

“Waktu itu saya agak aktif di Twitter, tapi kemudian saya mula dikecam atau kena buli siber. Jadi saya tak mengerti kenapa dibuli,”

– Luna Maya

Luna berkata demikian semasa dijemput menjadi tetamu di acara Ari Lasso N Friends seperti yang diambil dari portal Liputan6.com pada Jumaat.

Oleh kerana tak tahan dibuli apa lagi mengetahui dirinya mempunyai haters, Luna mengatakan dia ingin keluar dari dunia seni.

“Saya fikir kenapa hidup saya tak disenangi dan mulai ada haters. Kenapa ini terjadi? Berhenti (berlakon) sajalah,”

– Luna Maya

Setelah itu dia pun sempat memikirkan alternatif jika tak lagi menjadi artis. 

Kata Luna Maya, dia mahu menekuni bisnis dan sempat menjual beg selama satu tahun pada 2010 hingga 2011 kerana tidak mempunyai pekerjaan pada waktu itu.

“Saya pernah tidak mempunyai pekerjaan dari tahun 2010 sampai 2011 jadi saya jual beg,

“Tahu tak apa hasilnya? Saya mampu beli kereta jenis Lexus!” kata Luna Maya.

– Luna Maya
*Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Aksi JDT, Sabah dari dalam Kereta

Positif koronavirus, Donald Trump Diterbangkan ke hospital