in , ,

Gara-Gara Blackout Challenge, Kerajaan Itali Mula Melarang TikTok

TikTok adalah sebuah perkhidmatan media sosial yang amat popular namun telah pun dilarang dalam beberapa negara atas soal keselamatan pengguna. Terbaru, Pihak Berkuasa Perlindungan Data (DPA) Itali telah melarang penggunaan TikTok buat para pengguna yang tidak boleh disahkan umur mereka.

Tindakan ini diambil susulan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang telah mati tercekik kerana menyertai satu trend TikTok bernama “blackout challenge”. Beliau dijumpa oleh adiknya yang berumur lima tahun dalam biliknya bersama telefon pintar.

Kerajaan Itali memerlukan sebarang pemberi perkhidmatan internet untuk mendapatkan izin daripada ibu bapa buat pengguna yang berumur 14 tahun ke bawah. DPA mengatakan TikTok membenarkan pengguna bawah umur untuk membuat satu akaun dengan sangat mudah menggunakan tarikh lahir palsu.

DPA akan melarang pengguna TikTok yang umurnya tidak dapat diiktiraf sehigga 15 Februari. Wakil dari TikTok mengatakan mereka masih tidak dapat mencari sebarang video yang boleh mempengaruhi nasib kanak-kanak tersebut namun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Itali untuk siasatan lanjut.

Antara negara lain yang telah melarang TikTok adalah India dan Pakistan, manakala Amerika Syarikat masih menunggu syarikat tersebut untuk dijual kepada syarikat dari negara itu. Negara lain dah larang TikTok, Malaysia bila lagi?

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

IKHLAS Bantu Komuniti Mangsa Banjir di Kemaman & Dungun

Motorola Edge S Bakal Dilancar pada 26 Januari, Dilengkapi Snapdragon 870