in ,

TV2 Siar Filem GANGSTER CELOP Lakonan Syamsul Yusof & Hanis Zalikha

Mengisi slot Citra di TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan filem aksi komedi “Gangster Celop” arahan Ahmad Idham hasil gabungan Skop Production dan Excellent Pictures sekitar tahun 2013.

Filem yang menelan kos 1.7 juta ringgit ini telah menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka. Menariknya ia bakal mengimbas perjalanan kisah lakonan Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha pada awal kemunculan mereka yang melakonkan watak utama dalam filem ini.

poster filem Gangster Celop

Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha Dalam Filem “Gangster Celop” Di TV2

Plot kisah ditonjolkan dalam filem ini memastikan penonton dapat menilai dan juga memahami personaliti gangster insaf yang dibawa dengan sempurna. Malah, walaupun tiada babak gaduh ramai ramai, filem ini masih berjaya menunjukkan kegengsterannya.

Menemui penonton pada 16 Ogos ini, pukul 10.00 malam, di TV2, filem “Gangster Celop” ini mengisahkan Adam dan Aman merupakan bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.

Setelah keluar dari penjara, mereka ditemukan semula dengan Man Jambu, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak Man Jambu iaitu Suzanna yang baru pulang dari England.




Suatu hari, Man Jambu ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada Man Cirit, salah seorang ketua kumpulan gangster. Polis mula memburu Aman dan Adam yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan Pak Abu dan anak gadisnya Rabiatun. Mereka membantu Adam, Aman dan Suzanna menyelesaikan kes dengan memburu Man Cirit.

gangster celop Kamal adli dan syamsul yusof

Mereka menyuruh Man Cirit mengaku salah atas kematian Mat Jambu. Adam dan Aman ditembak polis Inspektor Jalaluddin semasa pergaduhan antara mereka.

Bagaimanakah kesudahan Man Cirit? Apa yang terjadi seterusnya kepada Suzanna serta Adam dan Aman?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang TEH TARIK CHE TA MUSIM 2 Arahan Yusmal Ghazali

Apa Pendapat Netizen Tentang Realiti Kehidupan Selebriti