in ,

Gambar Zombie Berkeliaran Di Sekitar Lembah Klang

ZOMBIE DILIHAT DI SEKITAR LEMBAH KLANG

FOX International Channels (FIC) Menggunakan Langkah Kreatif untuk Mempromosikan Bahagian Kedua Siri Televisyen The Walking Dead Musim Ke-3 yang Akan Ditayangkan di FOX Movies Premium (Astro Saluran 413) dan FOX Movies Premium HD (Astro Saluran 433)

Ganas, mengerikan dan menyeramkan, itulah rupa zombi yang berkeliaran di sekitar kawasan bandaraya Kuala Lumpur. Kemunculan makhluk yang berkeliaran ini telah menjadi topik hangat, bukan sahaja di kalangan warga kota Kuala Lumpur dan pelancong, tetapi turut menarik perhatian laman media sosial. Walaupun rupa mereka mengerikan, orang ramai tetap beratur untuk bergambar bersama mereka.

Zombies posing with the audience #6

Selain menimbulkan ‘kekecohan’, zombi-zombi ini turut membantu mempromosikan siri Hollywood yang paling kerap ditonton, The Walking Dead Musim ke-3. Bahagian kedua siri ini bakal ditayangkan secara eksklusif di FOX Movies Premium (Astro saluran 413) dan FOX Movies Premium HD (Astro saluran 433) pada jam 11 malam bermula dari 17 Februari 2013 dan kemudiannya setiap Ahad pada jam yang sama.

Makhluk ini mengganas di lokasi-lokasi utama di Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan dan juga di Petaling Jaya, SS15 dan ia telah menyebabkan ramai warga kota terkejut dan terpesona. Zombi-zombi ini turut membuat kemunculan di KL Sentral Transit Concourse, Kuala Lumpur pada 30 Januari 2013 jam 5 petang. Cenderahati The Walking Dead edisi terhad diberikan kepada mereka yang cukup berani untuk mendekati zombi-zombi ini. Selain itu, lampiran untuk mempromosikan siri ini turut diedarkan.

Anthony Yeap, Ketua Wilayah bagi FOX International Channels Malaysia berkata, “The Walking Dead telah menjadi ikutan ramai di kalangan penonton kami, dan musim ketiga sudah semestinya menjadi pengalaman yang luar biasa. Untuk bahagian kedua musim terkini, kami mahu mempromosikan The Walking Dead Season 3 dalam cara yang unik. Anda juga boleh melihat zombie-zombi ini esok di Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Kami berbangga kerana dapat menyiarkan salah sebuah rancangan televisyen yang menjadi ikutan ramai pada tahun ini, terutama sekali selepas seminggu ditayangkan di Amerika, dan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman menonton di saluran FOX Movie Premium dan FOX Movies Premium HD,” tambahnya lagi.

Drama bersiri yang dinanti-nantikan ramai, The Walking Dead kembali untuk musim yang lebih mendebarkan. Di dalam dunia yang tidak menentu, Rick Grimes (Andrew Lincoln) bersama kumpulannya yang terselamat bukan sahaja perlu menentang makhluk yang telah mati, tetapi turut berdepan dengan cabaran baru daripada manusia yang masih hidup. Musim ke-3 turut menampilkan watak-watak baru seperti Governor (David Morriessey) dan watak yang diminati ramai Michonne (Danai Gurira), bersama-sama zombi peliharaannya. Musim dengan 16 episod, siri yang pernah diiktiraf oleh Entertainment Weekly sebagai “siri seram terbaik pernah dihasilkan untuk kaca televisyen” akan ditayangkan dalam dua bahagian. Bahagian Pertama tamat pada 9 Disember 2012 sementara Bahagian Kedua akan ditayangkan buat kali pertama pada 17 Februari 2013 bersama lapan episod terakhir.

Berdasarkan komik hasil karya Robert Kirkman dan diterbitkan oleh Image Comics, The Walking Dead diterajui oleh bintang-bintang seperti stars Andrew Lincoln, Sarah Wayne Callies, Laurie Holden, Steven Yeun, Norman Reedus, Chandler Riggs, Lauren Cohan, Scott Wilson, Iron E. Singleton, Melissa McBride, Morrissey dan Danai Gurira. Siri ini telah diterbitkan oleh penerbit-penerbit eksekutif terkemuka seperti Glen Mazzara, Kirkman, Gale Anne Hurd dan David Alpert bersama Greg Nicotero, Denise Huth dan Evan Reilly sebagai pembantu penerbit eksekutif.

Sejak penerbitannya, siri The Walking Dead telah merangkul anugerah Emmy Award untuk kategori Outstanding Prosthetic Make-up, pencalonan Golden Globe Award untuk kategori Best Television Series – Drama, dan WGA Award untuk kategori Outstanding Achievement in Writing Derivative New Media, bersama pencapaian lain.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan The Walking Dead Musim ke-3 – Bahagian Kedua, sebuah siri pengembaraan zombi yang sungguh mendebarkan! Bahagian kedua siri ini akan ditayangkan pada 17 Februari 2013, jam 11 malam secara eksklusif pada FOX Movies Premium (Astro saluran 413) dan FOX Movies Premium HD (Astro saluran 433), dan kemudiannya setiap Ahad, jam 11 malam.

Zombies posing with the audience #3

Zombies in the Cage #1

Zombies in the Cage #12

Zombies out of the cage #4

Zombies out of the cage #5

Zombies out of the cage #6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

What Are You Feeding Your Child Before School?

Tayangan Filem Kami dan Konsert Sudirman Abadi di Hati Di TV2