in ,

Gambar Yana Samsudin di Malam Prebiu Filem Kongsi

Sejak menang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), wajah Norliana Samsudin atau Yana kerap menghiasi kaca televisyen. Terbaru, baru selesai menjalani penggambaran filem Bini-biniku Gangster arahan Ismail Bob Hashim, di samping Shaheizy Sam.

Budiey sempat berjumpa dengan Yana masa malam prebiu filem Kongsi di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Budiey ada perasan, peminat Yana pun makin ramai. Ada saja yang nak bergambar dengan Yana. Tengok pada lakonan sebagai pegawai polis dalam filem Kongsi, pergh, memang mantap. Kalau dalam Aku Masih Dara, Yana rela berkemban, dalam filem Kongsi, Yana yang membawa watak Inspector Olla bersedia fizikal dan mental untuk buat aksi stunt sendiri. Yana sanggup bergayut macam tarzan dari tempat tinggi dan terhumban atas timbunan telur. Fuh, cayolah Yana. Memang hang ada kelas!

Filem Kongsi

Semestinya aksi kejar mengejar dengan si Tumulak berlarutan dengan berlokasikan atas bumbung bangunan. Tak gayat ke hah? Tinggi tu!

Menyingkap pembabitannya dalam bidang seni Yana mula menyertai MIG sejak berusia 17 tahun sebagai penyanyi runut bunyi. Dia turut menghasilkan album solo berjudul Yana Ceria pada 2004.

Dia mendapat kepercayaan MIG sebagai pelakon pembantu menerusi beberapa drama dan filem seperti 7 Perhentian, Mami Jarum Junior dan Main-Main Cinta.

“Sebelum ini saya pernah bertugas sebagai penyunting. Selain mendalami selok belok tugas di belakang tabir. Saya bertuah kerana produser MIG, David Teo memberi galakan dan ruang kepada saya mencuba pelbagai bidang kerja dalam produksi. Pada usia muda tidak salah kalau kita belajar dan memanfaatkan peluang yang ada. Tidak dinafikan juga banyak benda yang saya belajar daripada MIG.”

Semoga Yana bersedia untuk buat perkara yang lebih ganas dalam filem yang akan datang. Terjun dari kapal terbang guna payung terjun ke, ada berani?

Filem Kongsi

Filem Kongsi

Yana Samsudin

Yana Samsudin

Yana Samsudin

Yana Samsudin

Yana Samsudin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunsilk & MODA Celebrate 21st Anniversary Fashion Showcase

Sinopsis Trailer Movie Still Filem Kongsi