in , ,

Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth

[dropcap]S[/dropcap]epanjang menjadi blogger selama 6 tahun ini, Budiey belum pernah lagi merasai pengalaman menghadiri Media Junket atau Prebiu Media di luar negara. Namun, impian Budiey telah menjadi kenyataan setelah direalisasikan oleh Sony Pictures Malaysia yang telah menjemput Budiey untuk terbang ke Taipei, Taiwan untuk mengikuti Media Junket Filem After Earth di Taipei. Terima kasih banyak-banyak atas peluang yang diberikan.

Untuk info pembaca, filem After Earth akan mulai ditayangkan di pawagam pada 6 Jun 2013.

Mengikut wakil dari Sony Pictures Malaysia, ini adalah kali pertama mereka menjemput penulis blog untuk mengikuti Media Junket Filem di luar negara. Ternyata, Budiey rasa sangat bertuah kerana terpilih menjadi blogger pertama dihantar ke sini.

AFTER EARTH - English (IMAX)

Seperti yang dirancang, Budiey ditemani oleh seorang rakan media dari Harian Metro iaitu Amierul telah terbang dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS ke Taipei pada jam 9.15 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan pada jam 1.30 tengahari. Perjalanan kami mengambil masa selama 4 jam 30 minit.

Dari lapangan terbang, kami mengambil teksi untuk ke hotel penginapan kami iaitu di Hotel Home yang terletak berhampiran dengan Menara Tertinggi Taipei 101 di mana di situ juga akan berlangsungnya Pelancaran Filem After Earth arahan M. Night Shyamalan.

Selesai sahaja makan malam semalam, Budiey bergegas ke Hotel Le Meridien untuk menjadi paparazzi setelah mendapat tahu, pelakon filem After Earth iaitu Will Smith dan Jaden Smith akan tiba di hotel itu sekitar jam 10 malam.

Kehadiran kedua pelakon anak beranak ini disambut baik oleh peminat mereka. Pelakon Will Smith yang berusia 44 tahun dan anaknya, Jaden Smith, 14 tahun juga tidak ketinggalan melayan permintaan beberapa orang peminat yang mahu bergambar dan menandatangani autograph.

Mereka dijadualkan akan hadir di Meet & Greet dan melancarkan filem After Earth pada jam 7 malam ini di Taipei’s Xinyi Shopping District.

Will Smith & Jaden Smith juga akan menghadiri satu pertemuan di sesi temubual bersama media dan Budiey juga turut dijemput untuk menemubual mereka berkenaan dengan filem After Earth. Ini satu peluang yang baik. Pertama kali dapat bertemu secara langsung dengan pelakon ini.

Jaden Smith nampaknya dah besar panjang pun. Sebelum ini, Budiey banyak kali tengok lakonan Jaden dalam filem Karate Kid.

Jaden Smith juga dijangka akan mempromosikan fesyen terbaru jenama MSFTS (sebutan: Misfits) pada 5 Mei ini di Taipei di mana Brandon Chang dan JJ Lin juga akan turut menghadiri acara ini.

Selepas Taipei, Will Smith & Jaden Smith akan ke Korea Selatan untuk mempromosikan filem After Earth

Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei & Le Meridien Untuk Promosi After Earth

Will Smith Jaden Smith

Will Smith Jaden Smith

Will Smith Jaden Smith

Will Smith Jaden Smith

Will Smith Jaden Smith

Will Smith Jaden Smith

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau

Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?