in

Gambar & Ulasan Konsert Maher Zain Konsert Forgive Me

Budiey akui, suka dan minat benar dengar lagu-lagu dari Maher Zain. Irama pop lantunan suara gemersik Maher dirasakan sangat ‘in’ & touching selain punya mesej ketuhanan dan kemanusiaan sejagat. Itu istimewanya Maher Zain di kaca mata Budiey.

Terpanggil untuk memilih Konsert Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia berbanding Konsert Train yang diadakan pada waktu yang sama, malam yang sama membuktikan pengaruh Maher Zain cukup sebati dalam jiwa Budiey. Namun, Budiey tercari-cari apa istimewanya dan uniknya konsert kali ini jika nak dibandingkan dengan konsert yang terdahulu beliau?

Apa-apa pun, ramai peminat patut berterima kasih kepada Marctensia yang bersusah payah membawa penyanyi lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan ini ke Malaysia sekali lagi.

Konsert yang dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang peminat itu diadakan pada 16 Jun 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ternyata memberi perspektif berbeza.

Konsert tajaan Canon ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia (sila jangan tukar kepada BM nama penaja ini – itu pesan PR konsert ini kepada Budiey). Ini merupakan konsert keduanya selepas konsert pertama di Kuching, Sarawak yang tak kurang mendapat sambutan hangat.

Bezanya kali ini, Maher Zain mendendangkan lebih 23 buah lagu yang rata-ratanya adalah dari album terbaru beliau Forgive Me.

Mempertaruhkan persembahan pembukaan dari dua orang artis di bawah naungan label yang sama (Awakening Records) iaitu Irfan Makki dan Raef sedikit sebanyak memperkenalkan artis ini ke Malaysia. Cuma Budiey kecewa dengan persembahan Irfan Makki yang tidak memberikan kecemerlangan dalam lantunan vokal. Sekali dengar vokal suaranya persis Michael Jackson. Sangat halus, malah Irfan Makki turut menyanyikan lagu You’re Not Alone. Sama je macam Michael Jackson nyanyi, jadi apa istimewanya Irfan Makki yang mendapat perhatian dan promosi hebat oleh Maher Zain di Twitternya.

Kalau pembaca semua baca tweet Budiey pada malam itu, ternyata kekecewaan itu dilontar secara jujur dari hati. Malah turut memberikan impak negatif di mana Irfan Makki disamakan dengan budak sekolah yang baru nak belajar vokal.

Ternyata benar, bukan Budiey sahaja yang merasakan Irfan Makki hanya artis album bukan artis konsert. Tiada aura performer atau entertainer langsung, bahkan vokalnya sumbang. Itu yang penonton tak boleh terima. Bosan sekali untuk menantikan 6 buah lagu Irfan Makki tamat.

Ternyata kekecewaan ditebus oleh persembahan kedua untuk sesi pembukaan yang dimainkan oleh Raef. Muziknya lebih terkesan, lagu-lagunya senang diikut walaupun baru pertama kali Budiey dengar lantunan suara lagu milik Raef ini. Raef mendendangkan lagu-lagu popular seperti I’m Yours yang diubah sedikit liriknya, Mawlay, Allah, With You, You’re The One dan Jumuah.

Maher Zain membuka persembahan dengan lagu Sepanjang Hidup, disusuli dengan lagu Assalamu Alayka, One Big Family dan diselang-selikan dengan bicara ringkas bersama penonton. Tidak banyak bercerita dengan panjang lebar, Maher Zain meneruskan hiburan Ya Nabi Salam Alayka, Freedom, Forgive Me, I Love You So, My Little Girl dan semasa waktu rehat, penonton dihiburkan dengan persembahan instrumental dari pemuzik. Pemain saxafon terkenal Malaysia, iaitu Jari juga turut diundang menyumbangkan aura muziknya untuk konsert ini.

Selain itu, Maher Zain menjemput Irfan Makki sekali lagi berduet dalam lagi I Believe dan Kiya Karo.

Lagu Mawlaya, Guide Me All The Way, Man In The Mirror, Paradise, For The Rest of My Life, Number One For Me, Insha Allah Masha Allah dan menutup konsert ini dengan lagu Baraka Allah Lakuma.

Bagi Budiey, konsert ini tiada klimaks yang berkemuncak dan ia sangat mendatar. Tak ubah jika kita datang konsert dan hanya terhibur dengan putaran album Cd. Cuma Budiey rasa ohsem dengan pemuzik-pemuzik yang hadir dari Holand dan beberapa negara asing.

Untuk konsert ini, Budiey berikan 3/5 bintang.Forgive me jika Budiey terpaksa berterus terang dengan mengatakan konsert ini biasa-biasa saje.

Cuma apa yang penting, konsert seisi keluarga ini membawa mesej-mesej positif ketuhanan dan keinsanan buat kita yang mendengarnya. Bukan sekadar hiburan biasa tapi satu pengajaran untuk keselamatan diri di dunia dan di akhirat. Wassalam.

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Raef

RAEF

Irfa Makki

IRFAN MAKKI

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program BABA’S cu-bits di TV3

U Mobile Offers the Latest HTC One S & HTC Desire V