in

Gambar Tony Eusoff Bersama Kekasih

Waktu majlis sidang media dan Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium petang tadi, Budiey ada nampak ramai jugak la fotografer ambik gambar sepasang kekasih ni, Tony Eusoff dan juga bekas PR ntv7 yang lawa lagi seksi, Dawn Jeremiah. Budiey pun join la sekali, ambik gambar. Ingat ke diorang ni nak buat featuring ke apa ke. Tapi korek punya korek, Tony dan Dawn ni rupanya loving couple.

Hubungan pasangan romantik ini mula berputik selepas membintangi Sadiq & Co dan semakin serius awal tahun lalu. Adat berkasih dengan insan popular, Dawn tidak menafikan banyak gangguan terpaksa ditelan. Namun berkat kesabaran dan kejujuran, cabaran itu dapat dihadapi dengan tenang.

“Ada juga peminat Tony melemparkan kata-kata menyakitkan hati, tetapi saya pekakkan telinga. Tiada istilah cemburu atau sangsi dalam hubungan kami kerana saya yakin dengan kejujuran Tony. Dia suka berterus-terang, malah sebelum melakukan sesuatu perkara, dia akan memberitahu saya terlebih dulu. Saya senang dengan sikap Tony yang penyayang, kelakar dan mengambil berat. Dia juga berpengetahuan luas dan fasih bertutur banyak bahasa, termasuk Inggeris, Melayu, Mandarin, Kantonis, Bidayuh, Sabah dan Sarawak. Bercakap dengannya tidak pernah buat saya rasa bosan. Mungkin kerana kami banyak persamaan, baik daripada segi sikap mahupun falsafah hidup,” kata Dawn yang sangat memahami jadual padat Tony dan sesekali singgah ke lokasi penggambaran untuk menjenguk buah hatinya.

Sebenarnya, Budiey tak tahu pun diorang ni dah pun dua tahun bercinta. Budiey kenal Dawn Jeremiah rasanya dah lama, tapi tak pernah tanya tentang personal dirinya. Dawn yang dulunya pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008 juga pernah hadir di Parti Ulangtahun Sensasi Selebriti ke-2 di Berjaya Times Square, kira banyak jugak Dawn tolong kasi bahan dari ntv7. Tapi dengar-dengarnya, Dawn dah bertukar angin dan bekerja dengan stesen TV popular untuk mengendalikan satu channel TV baru. Good luck, Dawn!

Cuma, Budiey nak ucap selamat berbahagia kepada pasangan ini. Semoga cinta korang berputik hingga ke ujung nyawa.

Pasangan ceria

Merpati dua sejoli

Ehem ehem…

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Nurul & JustPartis: No my dears, I ni bukan mengandung. Tapi betul, baju yg saya pakai tu dengan angle gambar ni memang nampak macam mengandung. haha.

    Hafiz: thank you. Susah nak cari org yang tak suka mengata org lain 🙂

  2. Hi Tony…i like your heroine in 2X Aku Mencintaimu…you both look comfortably good together…mcm ada strong chemisty gitu…harap2 both of you will be paired again in another drama…ehem..ehem.

  3. tol cik zarina, he’s non muslim…he’s christian and keturunan bidayuh atau dayak darat. jarang sgt bidayuh ni muslim, otherwise yg convert…

  4. suka watak dia dlm drama dua kali aku mencintaimu di astro prima baru2 nih..manly dan romantik gilerrr, heroine tu pon sweet banget, mcm seswaaii jer…..huhuhu..

  5. Hi Tony, Not bad not bad….keep up the good work in watever you do in life. Do not ever get distracted by wat the negative things the fans said, in this world……you cant please everybody cos at the end of the day, ITS YOUR LIFE. Of course, we can learn from mistake and we are just human.

    Your Kampung Mate

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium

Filem Menarik Sepanjang Julai di TV2