in

Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta

Sekarang ini (jam 3.30 petang), sedang berlangsung sesi script reading untuk filem Syurga Cinta di Restoran The Lemon, The Mines, Sri Kembangan. Sekejap lagi akan berlangsung majlis pelancaran dan doa selamat memulakan Pengambaran Filem Syurga Cinta.

Turut berada di sini, beberapa pelakon utama filem ini yang iaitu Awal Ashaari yang akan memegang watak Irham (tahniah la Awal, rezeki ko semakin murah sekarang nih), Heliza pula akan bawa watak Syuhadah; gadis bertudung dan guru agama yang baru sahaja keluar dari Universiti dan Hadziq; kanak-kanak program Tom Tom Bak.

Budiey nak ucapkan TAHNIAH la kepada Heliza sebab dapat tawaran berlakon filem. Ini adalah filem pertama Heliza di mana Heliza mendapat watak dan peran utama untuk filem. Ironinya, filem ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Pengambaran filem ini akan bermula pada 24 Julai ini di sekitar Lembah Kelang.

Watak SYUHADAH (Heliza AF5)
Gadis berumur awal 20-an. Seorang guru agama bersifat penyabar, mudah memaafkan serta memberi orang peluang. Dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh datuk dan arwah neneknya. Watak gadis bertudung yang bukan sahaja ayu tetapi terserlah dengan sifat muslimah sejati. Hobinya suka membaca dan menambahkan pengetahuannya tentang agama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran

Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta