Lama tak tengok pemenang ke-3 AF5, Aswad yang pernah dikatakan ‘sangat kayu’ menari dalam AF. Peminat AF pun rasanya dah ingat-ingat lupa dengan Aswad. Tup-tup dah kawin pun. Bini Aswad, Nur Ilina Mohd Tahir dah mengandung 3 bulan. Tahniah la Aswad! Tak lama lagi jadi bapa.
Setelah berpijak di bumi realiti dunia hiburan yang sangat tenat, bagi Aswad sangat membosankan. Apa tak nya, show pun dapat 1-2 aje dalam sebulan. Kadang-kadang takde langsung. Itulah nasib yang Budiey rasa bukan dirasai oleh Aswad tapi bintang program realiti yang lain. Betul orang kata, bukan senang nak senang.
Namun, berbekalkan semangat Malaysia Boleh, Aswad kembali dengan single terbaru berjudul Nurkasih dan Akulah Bayangmu ciptaan Yankee. RM5,000 dilaburkan untuk buat single ini. Aswad harap ianya satu pelaburan yang mendatangkan hasil. Bagi Aswad ini adalah jalan yang terakhir. Sekiranya, lagu tidak popular dan tak diterima masyarakat, Aswad katanya mahu merajuk dan mahu tarik diri dari dunia hiburan.
Selain jual single di internet, Aswad akan memasarkan sendiri dan harap stesen radio memutarkan lagunya.
Bagi Budiey bumi Tuhan ini sangat luas. Banyak lagi kerja yang boleh buat duit berjuta, Aswad. Contoh terdekat, ada yang jadi jutawan dengan hanya menulis blog (bukan Budiey tapi blogger dari Hollywood) dan yang sering kita dengan ada yang bermewahan dengan hanya join MLM (Jualan Langsung).
Semoga karier Aswad terus berkembang. Nak juga dengar lagu single Aswad ni, best ke tak?
Budiey: Kesal dengan kejadian gereja dibakar. Rasa macam Malaysia kita dah tak selamat lagi. Masing-masing duk tuding menuding, siapa salah.
eh, seksi juga wife dia ni eh.
aswad dh lain.
=)
not bad jugak isteri dia ni..
lar seksi jugak wife dia ni..ingat wife dia bertudung mklumalah setahu aku aswad ni mcm alim sikit..huhu
hai knal awk
wife ok r… but aswad… makin kekurangan…. rambut! ; )
kalu seksi macam tu alamat la ‘se hidup se mati ‘ la akhirnya..betul tak nurul..
bini dia skali skala nak seksi…almaklumla org nak ambil gambar for publish…klu tak duk masak kari kat line clear je la
isteri aswad cam cina…cantik…tapi muka aswad dh lain…bdn pon same kot…lain sangat!!!
Laa…awatnya Aswad dah botak la ni?
Pening dok pikiaq album tak laku ka?
waaa…nice!!!
thumbs up!!!
tak hipokrit lgsg…trus jer tunjukkan diri yg sebenar…niceeeeeeeeeee!!!!
wahh.., yeahh.. !! not bad wife aswad.. awesome.. 🙂
laaaa aswad kepala dah botak pikiak xdak show ka????????
nk kte cntik 2 xadela, putih jer.. aar xsangka plk seksi jgk wif aswad nie ek..? kakak2 aswad xmare ke..?