in ,

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sambutan Ulangtahun Rizman Ruzaini Ke-10 Tahun

Belum habis tempoh berpantang, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza sanggup turun semata-mata untuk memeriahkan Sambutan Ulangtahun Rizman Ruzaini Ke-10 Tahun yang diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur semalam. Segalanya demi memberi sokongan hebat buat pereka fesyen ternama. Di majlis ini, Dato’ Siti mengalunkan sebuah lagu iaitu KENANGAN TERINDAH, sebuah lagu yang pastinya mengusik jiwa buat setiap orang yang ada kenangan tersendiri bersama insan tersayang.

Ramai selebriti ternama dijemput untuk meraikan sambutan meriah berlangsung sekitar jam 8 malam ini antaranya Ziana Zain, Puan Azrinaz Mazhar Hakim, Anuar Zain, Ning Baizura, Erra Fazira, Nur Fazura, Rozita Che Wan Elfira Loy, Tinie dan ramai lagi.

Nama-nama besar ini adalah antara yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama Rizman Ruzaini di mata umum. Sekaligus kehadiran mereka sebagai satu penghargaan untuk satu kejayaan pereka fesyen ini kekal berdiri kukuh sehingga kini.

Untitled

Memetik kata-kata Rizman Ruzaini di Instagram mereka @rizmanruzaini:

“Penyanyi kesayangan Malaysia ini telah membawa jenama Rizman Ruzaini sehingga terus dikenali. Ia umpama mimpi menjadi realiti tatkala melihat rekaan demi rekaan kami membalut tubuhnya. Kecekalan dan semangat beliau juga menjadi inspirasi buat kami agar sentiasa tunduk ke bawah walau setinggi mana mendaki.”

Paling sinonim, rekaan Rizman Ruzaini menjadi pilihan Dato’ Siti Nurhaliza untuk digayakan di pelbagai acara, persembahan dan konsert. Walaupun begitu, penyanyi ini tidak sekali kali meminggir pereka fesyen yang lain kerana beliau juga turut mengenakan busana dari rekaan pereka tempatan lain seperti Qudin, Ezuwan Ismail dan ramai lagi.

Jom kita tengok gambar-gambar Dato’ Siti Nurhaliza yang menjadi viral di sosial media semalam. Foto kredit dari lensa jurugambar rasmi Rizman Ruzaini, pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Kak Rozi. Terima kasih semua.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ACAB, Naratu & Plague of Happiness Gegarkan Rock The World 15

Nad Zainal Umum Tarikh Nikah di Instagram