in

Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12

Bertempat di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Januari lalu, figura terkenal Dato’ Siti Nurhaliza telah hadir memeriahkan lagi Konsert & Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/12.

Selain menggondol Anugerah Ikon, Siti Nurhaliza telah menghiburkan hadirin dengan lagu Moves Like Jagger dari Maroon 5. Nak tahu best ke tidak, sila tonton video yang Budiey sediakan kat bawah ni ya. Termantop!

VIDEO SITI NURHALIZA PERFORM DI PPMH

Majlis Anugerah serta konsert yang dihoskan Nabil dan Dira Abu Zahar itu turut menyaksikan, penyanyi Falling In Love, Datuk Siti Nurhaliza mengungguli anugerah utama PPMH 2011/2012 iaitu Anugerah Ikon yang julung kalinya diadakan pada tahun ini. Tahniah Tok Ti.

Selaras dengan tema warna-warni, Dato’ Siti Nurhaliza mengenakan busana bercorak abstrak warna-warni yang siap dengan penutup kepala dengan potongan yang sederhana. Gojes, ceria & super elegan.

Siti Nurhaliza

siti nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Buried Life New Season

Gambar Scha Alyahya & Neelofa Duta Avon Terbaru