in , ,

Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas

Semalam, telah berlangsung Malam Gala Teater Muzikal Patung Kertas di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini (30 April), adalah hari terakhir persembahan. Budiey dengar cerita, Teater Muzikal arahan Lokman Ghani ini akan diusung ke filem atau drama tidak lama lagi. Nantikan juga teater ini kemungkinan besar akan diusung juga ke beberapa buah lokasi yang lain selepas ini. Itu pun kalau cukup belanja dan bajet serta tajaan daripada pihak lain yang sudi menaja.

Turut hadir di Malam Gala adalah Siti Nurhaliza & Datuk Khalid. Budiey perasan Siti pernah pakai selendang yang dipakainya itu di Pra Kemuncak ABP… selebihnya… Siti sangat simple pada malam tadi. Tapi lama betul tak lihat Siti Nurhaliza berkepit dengan suaminya, Datuk K.

Apabila ditanya, mengapa jarang mereka kelihatan bersama di majlis anugerah. Siti ada cakap, Datuk K tidak mahu kacau karier Siti dan biarkan Siti dengan dunia nyanyian. Masing-masing buat kerja masing. Lagi pun, Datuk Khalid sebenarnya segan sebab selalu je kena usik di majlis anugerah.

Mmm… sabor je la ya.

2452707242 1B1D44280D | 3

2453360528 4D80C98336 | 4

2453358532 B62528Af33 | 5

2453357872 3803416281 | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Mahu Pegang Watak Jalang?

Gambar Kekasih Alif AF6