in , ,

Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Tahniah buat Shila Amzah di atas Kelahiran Album Yang Memuatkan Lagu-Lagu Yang Best! Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Hidup memerlukan bukan satu pergorbanan tapi banyak pengorbanan! Setiap orang perlu berkorban untuk mencapai cita-cita. Kata-kata ini sebenarnya, ada kaitan dengan penyanyi Shila Amzah yang begitu positif melangkah ke depan untuk mencapai cita-citanya menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa.

Pada jam 3 petang kelmarin, tanggal 5 Julai, Budiey berpeluang untuk bertemu dengan Shila Amzah yang kembali ke Malaysia semata-mata untuk bertemu media yang rata-rata teruja untuk mendengar buah tangan terbaru dari penyanyi ini.

Dalam suasana yang ringkas dan santai dengan celoteh Fahrin Ahmad sebagai pengacara, akhirnya Majlis Pra Dengar Album terbaru berjudul Shila Amzah telah berlangsung di Red Box Plus, Pavillion KL. 

Selain Puan Fauziah ibu kepada Shila, turut hadir pada majlis pra dengar tersebut ialah ayah Shila iaitu ND Lala selaku Penerbit Eksekutif dan rakan kongsi syarikat berkenaan Ong Peng Chu.

TONTON VIDEO: Fahrin Ahmad Jadi Hos Pra Dengar Album Terbaru Shila Amzah 

Shila Amzah nampak bertambah langsing dan kurus. Khabarnya, beratnya dah semakin susut setelah selalu bersenam, workout dan mengamalkan diet seimbang. Good job!

Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Budiey di sini ingin mengucapkan tahniah buat Shila Amzah kerana berjaya menerbitkan sendiri album ini. Untuk info anda, album ini merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun ini dan diasaskan oleh bapa Shila Amzah sendiri iaitu ND Lala, ibunya Puan Fauziah, Shila Amzah dan Encik Ong Peng Chu selaku rakan niaga.

Kepada peminat yang teruja untuk memiliki album ini, haruslah kena tunggu selepas raya di mana album ini akan berada di pasaran sekitar musim perayaan tahun ini.

Di sidang media, soalan peribadi tentang cinta Shila Amzah tidak lepas disoal oleh media. Apa-apa pun, buat masa ini Shila mahu fokus kepada kerjayanya. Lagi pun, dia masih serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat. Bagus la tu, dik.

Okay, kita tak nak cakap pasal cinta sebab anda semua kena miliki album ini memandangkan segala isi hati dan luahan cinta Shila Amzah terkandung dalam album ini. Memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri. Terselit juga dua buah bonus track iaitu lagu Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin).

TONTON VIDEO: Temubual Bersama Shila Amzah di Pra Dengar Album Terbaru

Sedikit Ulasan Ringkas dari Budiey:
Lagu Masih Aku Cinta telah dipilih menjadi single pertama album ini. Bermakna lagu ini akan berkumandang di corong radio nanti. Tidak syak lagi, kalau ada peluang dan rezeki, lagu ini akan berkumandang sekali lagi di pentas AJL. Okay, lagu pertama diperdengar ialah lagu SEDAR. Sebuah lagu rancak yang ceria. Dengar rentaknya buat Budiey rasa nak goyang kaki. Lagu tentang crush Shila. Lagu kedua berjudul CINTA HATI.

Gambar masa menemubual Shila Amzah secara eksklusif di Pra Dengar Album Terbaru. #OneManShow #BudieyDotCom

Shila Amzah cuba jadi rapper dalam lagu ini. Hasilnya memang menjadi. Comel pun ada bila dengar Shila rapping. Huhu. Lagu ini tentang cinta, rindu dan hasrat Shila Amzah. Lagu ke-3 yang diperdengarkan berjudul TULUS yang ditujukan khas buat peminat Shila Amzah aka #Shilalas yang banyak membantu dan menyokong Shila menggapai cita-cita yg menggunung tinggi.

Kalau Dato’ Siti Nurhaliza ada lagu khas untuk peminatnya Sitizoners, Shila pun ada. Haha, tak nak ketinggalan, okay. Best lagu ni sebab ada suara latar ala koir gitu. Lagu MAAF menjadi lagu ke-4 diperdengarkan. Sebuah lagu berentak broadway. Sesuai untuk filem muzikal. Lirik yang bersahaja dan berterus terang tanpa simbolik atau perumpamaan atau bahasa bombastik.

Rentaknya juga sangat catchy. Maaf Maaf Maaf, Sesungguhnya aku ini terlalu baik hati.  Lagu ke-5 sebuah lagu Mandarin & Inggeris berjudul XIA YI BU. Lagu versi Mandarin untuk Patah Seribu yang menjadi taruhan pertama untuk meluaskan pasaran muziknya ke peringkat antarabangsa.

Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Vokal diperkemaskini dalam versi ini. Untuk lagu ke-6, masa majlis ini, Shila Amzah muncul dengan menyanyikan secara live sebuah lagu yang ditujukan kepada cinta hati berjudul MASIH AKU CINTA.

Sedih la pulak rasanya. Dari jauh aku masih cinta. Setelah mendengar semua sekali, Budiey suka dengan lagu Cinta Hati sebab suka Shila Amzah nyanyi rap. Budiey bagi 5/5 bintang untuk album ini. Bley? Ahaks!

Bagi Shila Amzah, beliau menyifatkan album ini adalah baby sulung Shila sebab beliau terlibat secara langsung dalam pembikinannya dari mula sampai ke proses terakhir. Shila Amzah dan bapanya adalah Penerbit Eksekutif untuk album ini.

Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Namun begitu, kata Shila, tanpa bantuan komposer terkenal, Helen Yap dan Aubrey Suwito selaku penerbit, album ini tidak akan menjadi realiti. Syabas Shila Amzah!

Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Saya juga lebih terbuka dalam meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi. Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama dengan saya.”

– Shila Amzah

Kepada peminat yang teruja untuk memiliki album ini, haruslah kena tunggu selepas raya di mana album ini akan berada di pasaran sekitar musim perayaan tahun ini.

Selamat maju jaya buat Shila Amzah!

#LiveUpdate : Ya, inilah rupa muka depan (album cover) Album Shila Amzah yg akan diberikan pd media jap lagi. What do u all think?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zed Zaidi Digesa Lebih Gentleman

Gambar Sekitar Pencarian Cosmopolitan Hunks 2013