in ,

Gambar Shiha Mentor di Pelancaran Album Shiha

Pada jam 3 petang, Budiey telah tiba di House, [email protected] untuk hadir di Pelancaran Album Terbaru Shiha. Hari ini Budiey bernasib baik sebab ada 2 event dalam satu masa. Nasiblah dapat mengikuti dua majlis acara dalam masa serentak di lokasi yang sama. Kat Cathay Cineleisure pulak, ada Prebiu Media Filem Tanda Putera. Jadi, terpaksalah bergegas, turun-naik. Gigih!

Tidak mengapa, yang penting, Budiey nak ucapkan tahniah buat Shiha kerana telah berjaya juga akhirnya melancarkan album sulong selepas setahun lebih menunggu.

Kepada yang belum kenal dengan Shiha, sebenarnya bakat beliau dicungkil dalam program terbitan TV3 iaitu Mentor.

Kini, selepas kontrak menjadi pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan dah selesai, Shiha rasa sangat sesuai untuk melancarkan album dan melakukan promosi untuk album ini.

Dalam album terbaru ni, Shiha telah memuatkan 5 buah lagu. Semuanya best-best dan memberi makna tersendiri bagi Shiha. Antara lagu Shiha dalam album ini ialah Bila Bertemumu, Dia Bukan Untukku, Bilakan Rasa Cinta, Dasar Lelaki dan Jangan Lagi Jauh.

Album ini mendapat sentuhan dari komposer terkenal seperti Kuncidemak dan Ajai.

Di majlis ringkas pelancaran album ini, Shiha telah mendendangkan 3 buah lagu kepada media.

Kepada peminat Shiha yang mahu dapatkan album ini, bolehlah mendapatkannya di kedai CD dengan harga RM21.90 sahaja.

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Shiha Mentor

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

One Drop Perfumes

Hanez Suraya Selami Watak Wanita Mualaf