in ,

Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis

Pada jam 8 malam di tanggal kalendar 12 Mac 2008, Rabu lalu, Budiey telah menghadiri Majlis Sambutan & Pelancaran Program Maulidur Rasul Di Saluran Astro Oasis, Saluran Inspirasi Sanubari di salah sebuah hotel terkemuka di hadapan Sungei Wang Plaza. Matilah Budiey tak ingat nama hotel tu. Huhu! Hampeh tul!

Dihadiri oleh ramai bintang Akademi Fantasia seperti Bob Mesraaa, Farah Breeb Breeb, Afiq, juga bintang Pantene kembar Siti Nurhaliza; Fida, Wardina, aweks Mawi yang comel bertudung yang bernama Ekin, duta ikon Astro Oasis Indonesia, Inneke Koesherawati, para pendakwah bebas seperti Dato’ Fadhilah Kamsah, pendakwah bebas yang pernah dilanda gossip dikatakan berkahwin dengan penyanyi irama padang pasir, Waheeda; Ustaz Akhil Hayy, Ustazah Fatema yang terkenal dengan tagline “Salah kitakah” (Azwan yang cakap nih), Pakcik Ustaz Dini yang memiliki suara garau yang asyik, penyanyi nasheed Hijjaz, Far East dan Saujana. Bagaimana pun duta Astro Oasis Malaysia iaitu Heliza dan Mawi tidak nampak batang hidungnya.

Diam tak diam, rupanya sudah 5 bulan, channel yang berkonsepkan Islamik untuk nurani yang dambakan inspirasi dan ketenangan hidup duniawi dan ukhrawi ini bersiaran. Pernahkah anda memetik channel ini di saluran 106 Astro? Ha, gatal-gatalkan tangan anda sekali sekala mengikuti program yang bakal menemui penonton sempena dengan sambutan Maulidur rasul ini. Khabarnya lebih 36 jam kandungan baru untuk mengajak penonton menghayati tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 19 Mac hingga 23 Mac ini. Menarik!

Majlis yang mengenakan tema putih salju dan biru langit biru ini dipenuhi dengan sidang media, acara makan ala koktail, hiburan dengan penghayatan Maulidur Rasul, Bacaan doa selamat, ucapan dari orang besar Astro Oasis, sneak preview rancangan baru, cabutan bertuah (huhu Budiey dan Azwan dapat menang Shisha aka Hookah!) dan doa penutup majlis oleh Ustaz Akhil Hayy. Setiap tetamu yang hadir diberi hadiah ikan laga dalam balang kaca berisi air jernih dan pepasir putih dan biru berserta dengan lilin putih sebagai lambang satu kehidupan yang memerlukan satu cahaya.

Terima kasih kepada Astro atas jemputan.


2330726265 5A7B554F14 | 4

2331555224 1D73B999D6 O | 5

2331555898 8F3B6Dd127 | 6

2330794773 6240E48C6B | 7

2331556322 5983058B12 O | 8

2330727417 1D551A435C | 9

2330728215 92633D87B4 | 10

2330729325 F2F0105625 | 11

2330785125 27Fd1E0F1F | 12


[tags]farah breep, bob mesra, ustaz akhil hayy, edison, chen chow, selebriti, astro oasis, channel, fida pantene, far east, saujana songs, dowmload, manggaonline.com, sensasi.com, inneke, eqin, mp3 suara pak dini, ringtones pak dini, ceramah pas, ekin, ceramah agama, video ustazah fatma, gossip mawi, album heliza, tudung ekin[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti @ Go Batik Glam ABP Berita Harian

Gambar Hazama, Farhan & Leez AF @ Raja Lawak Final