in ,

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem CUN!

Filem yang komedi santai, sempoi dengan lawak jenaka serta mudah difahami adalah filem yang menjadi pilihan masyarakat kita. Tidak kira filem apa, asalkan ia menghiburkan, filem itu pasti akan mendapat tempat. Penonton mahukan sesuatu pulangan dari wang yang dilaburkan untuk menonton wayang. Soalnya, adakah filem yang menghiburkan itu betul-betul bermutu atau sebaliknya? Terpulang.

Terbaru, semalam telah berlangsung Prebiu Media Filem CUN! anjuran Tayangan Unggul Sdn Bhd di di panggung besar GSC Berjaya Times Square dengan dihadiri ramai media, penulis blog dan selebriti. Budiey percaya tepukan dan sorakan penonton semasa dan sesudah menonton filem ini sudah cukup membuktikan filem ini akan diterima ramai setelah tayangan dibuka kepada umum nanti.

Dilihat pada jasad filem ini, sebenarnya, tak ramai yang tahu tentang filem CUN. Promosi sedang bermula seiring dengan filem yang akan memasuki pawagam mulai 31 Mac 2011. CUN! Sebuah filem yang sangat ringan dan seronok untuk dilayan kerana setiap scene pasti membuatkan anda merasa mahu tersenyum, ketawa dan ada ketikanya mahu menitiskan air mata.

Adegan paling panas yang Budiey kira akan buat penonton rasa terpaku ialah semasa scene di tali air tepian sawah padi di mana Atan yang tak berbaju ketika itu menghisap jari si Luna (mestilah ada sebab mengapa Atan buat macam tu, kan?) Nak tahu kena tonton. Remy dan Maya Karin juga berduet dalam lagu tema filem CUN! yang berjudul CUN! Selalu ciptaan sepenuhnya Nurzaidi Abdul Rahman.

Genre romantik komedi ini menggandingkan pembawa watak utama Remy Ishak sebagai Atan dan Maya Karin sebagai Luna. Unsur komedi yang rasanya bukan slapstik semata-mata, dan yang jelas filem ini menyelongkar gaya komedi ala kampung dan komedi ala urban. Ianya disatukan dengan gaya persembahan yang senang difahami, tanpa flashback dan plot penceritaan yang sejajar.

Gandingan ideal antara Maya dan Remy ini rasanya tidak berjaya andainya tiada gandingan mantap dari pelakon seperti Faezah Ilai, Ning Baizura, Jehan Miskin, Kartina Aziz, Nadia Nisaa, Mislina Mustafa, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Syabas diucapkan kepada mereka kerana setiap gerak dan karakter masing-masing diperjelaskan dengan gaya lakonan yang mantap sehingga penonton terasa setiap jiwa dan rasa yang mereka alami.

Prebiu media ini dihadiri oleh ramai juga selebriti. Ini gambar antara yang Budiey sempat ambil.

Filem CUN

Remy Ishak dan Maya Karin bergabung dan meletops!

Filem CUN

Fimie Don

Filem CUN

Raffi Hussein

Filem CUN

Shah Iskandar, pelakon Gerak Khas

Filem CUN

Faezah Ilai memegang watak Tom, seorang PA kepada Luna

Filem CUN

Osman Ali, pengarah filem CUN!

Filem CUN

Jehan Miskin yang memegang watak kekasih Luna yang sangat annoying (watak poyo)

Filem CUN

Adik kepada Atan yang tak banyak dialog

Filem CUN

Nadia Nisaa memegang watak gadis terencat akal.

Filem CUN

Remy Ishak yang akan cuba buat terbaik untuk setiap filem lakonannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Ada Pada Hikayat Merong Mahawangsa

Filem RATATOUILLE Khas Cuti Sekolah Ini