in

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal GUA & Tune Hotels

RAIKAN ULANGTAHUN KE-5 BERSAMA PEMINAT BERTUAH!

Masa berlalu begitu pantas. Budiey rasa macam baru semalam menghadiri pesta perayaan ulangtahun Gua.com.my yang pertama. Dah tu, semalam Budiey dah tak sedar rupanya Portal GUA dah berusia 5 tahun. Kiranya Budiey.com tua setahun je dari GUA tapi tengoklah, GUA makin maju.

Pertumbuhan yang begitu pesat portal hiburan di Malaysia memaninkan peranan penting untuk memeriahkan industri hiburan. Sekarang dah ada banyak media alternatif yang kita sendiri boleh pilih mana satu nak dibaca. Kat internet berlambak portal dan blog.

[dropcap]B[/dropcap]udiey perhatikan persaingan sengit GUA dan Portal Murai dari Astro begitu rancak. Masing-masing ada kelebihan. Apa-apa pun, syabas untuk GUA yang dah berusia 5 tahun. Kira dah meningkat kematangan cam tu la.

Dalam 24 jam dah tentu banyak perkara yang berlaku. Setiap saat gerak geri artis diperhatikan. Semua itu adalah satu bahan untuk disajikan kepada pembaca sebab peminat sekarang dah ada banyak sumber. Lebih-lebih lagi artis tu sendiri dah ada instagram, Twitter dan Facebook mereka sendiri di mana mereka boleh berkongsi cerita dan gambar secara cepat dan langsung kepada peminat.

Sehingga ke hari ini, Budiey sendiri rasa tak terkejar untuk mengemas kini berita-berita tentang dunia artis. Sangat banyak ya?

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

[dropcap]B[/dropcap]ersempena sambutan ulangtahun ke-5 portal hiburan GUA dan Tune Hotel, seramai 15 peminat bertuah telah dipilih untuk bersama meraikan acara istimewa ini. Kolaborasi antara GUA dan Tune Hotel bakal menawarkan kelainan menerusi penyertaan artis bersama peminat dalam aktiviti menarik termasuk sesi ramah mesra.

Menyerikan sambutan ulangtahun ke-5 ini, kehadiran tetamu jemputan, pelakon terkenal Indonesia Nicholas Saputra semestinya dinanti-nantikan ramai, selain persembahan daripada barisan artis. Antaranya Imran Ajmain, Awan Band, Iqa Mentor, Amanda Imani, Mira (vokalis Tilu) dan The Vella.

[pullquote align=”right”]Kat internet sekrang dah berlambak portal dan blog[/pullquote]

Selain peluang beramah mesra bersama artis kegemaran mereka, 15 peminat bertuah ini – yang terpilih menerusi peraduan yang telah diadakan di portal hiburan GUA – turut menerima tawaran penginapan 2 malam secara percuma di Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur.

Sebagai penghargaan buat para media atas sokongan mereka selama ini kepada GUA dan Tune Hotel, satu sesi cabutan bertuah telah diadakan dimana 5 pemenang mendapat setiap seorang tiket penerbangan pergi balik Air Asia!

Ika Mentor
“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan Tune Hotel dalam meraikan sambutan ulangtahun yang ke-5 bagi portal hiburan GUA. Kami ingin meraikan pembaca setia di luar sana di atas sokongan mereka kepada portal GUA selama ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Berhad.

Sebagai meneruskan lagi kemeriahan sambutan ulangtahun ke-5 GUA, pada 8 Disember depan bertempat di Studio 2 ntv7 Glenmarie Shah Alam, GUA bakal menghimpunkan tujuh nama yang tidak asing lagi di YouTube bagi menjayakan showcase GUAkustika. Antara artis yang terlibat termasuk Najwa Latif, IamNeeta, Tasha Manshahar, Syed Shamim, The Alif, Daiyan Trisha dan Deanna Hussin. Showcase tersebut boleh disaksikan secara ‘streaming’ di www.gua.com.my.

GUA akan terus menyajikan pelbagai berita hangat dan sensasi buat tatapan pembaca. Untuk maklumat lanjut, layari www.gua.com.my hari ini!

Jom tonton Video di Bawah Ni…

The Vella Nyanyi Lagu Menjemputmu Pulang

Amanda Imani Nyanyi Lagu Someone Like You Adele

Ika Mentor Nyanyi Lagu Set Fire to the Rain Adele

Show Akeem & Zul Mystroe di Ulangtahun Ke 5 GUA

Di Kalung Kasihan Imran Ajmain di Ulangtahun Ke 5 GUA

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Awan Band

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Ika Mentor

Amanda Imani

Amanda Imani

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Akeem & Zul Mystroe

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Gambar Sekitar Ulangtahun Ke-5 Portal Gua &Amp; Tune Hotels

Akeem Mystroe

Akeem x Zul Mystroe

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Eksklusif Najwa Latif di The Joyden Hall Singapura

Hafiz Mengaku Hangat Bercinta Dengan Seorang Gadis