in

Gambar Sekitar Ujibakat The Biggest Loser Asia Musim Kedua

Pada hari Ahad lalu, Budiey berkesempatan untuk mengambil gambar dan menemuramah beberapa orang peserta ujibakat program realiti yang berkonsepkan kesihatan iaitu The Biggest Loser Asia musim kedua di The Fitnest First, e-curve, Mutiara Damansara. Ujibakat dibuka untuk warga Malaysia dari umur 18tahun ke atas.

Seramai lebih kurang 200 orang peserta yang bersaiz besar dan ‘super doooper besar’ telah hadir di sesi ujibakat ini. Dengarnya, mereka beratur panjang seawal jam 5 pagi lagi. Wah, nampaknya kali ini ramai yang bersungguh-sungguh nak join program ini. Pintu dibuka seawal jam 8 pagi hingga 5 petang.

Di sana juga, Budiey ada bertemu dengan beberapa orang pembaca yang kesemuanya wanita yang teruja untuk menyertai ujibakat. Sanggup lakukan apa sahaja semata-mata untuk menguruskan badan. Tahniah buat anda semua.

Budiey ucapkan tahniah kepada semua!

Aaron, wakil Malaysia di musim pertama dulu. Nampak dah gemuk balik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Media Nite Astro Gempak Selebriti Rockabola

Rusdi Ramli, Fasha Sandha, Fathil Dani dalam Drama Tersahut