in ,

Gambar Sekitar Sidang Media Konsert Ziana Zain

Pada jam 3 petang hari ini, tanggal 14 April 2014, bertempat di Hotel The Royale Chulan, Mutiara Damansara telah berlangsung sidang media Konsert Ziana Zain. Dianjurkan oleh Gold Earth Pictures Sdn.Bhd dengan kerjasama ZianaZain Ventures, konsert yang akan berlangsung pada 27 September 2014 di MITC Melaka, jam 8 malam. Konsert yang berdurasi dua jam itu, Ziana dijangka akan menyanyikan 22 buah lagu popular diiringi 22 orang pemuzik orkestra yang akan dipimpin oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

Cara Untuk Mendapatkan Tiket:

[dropcap]B[/dropcap]agi yang berminat, jualan tiket sudah mula dibuka dengan harga RM325 (Platinum), RM225 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver). Bagi 100 pembeli awal tiket dibawah klasifikasi platinum berpeluang meluangkan masa bersama Ziana pada keesokan harinya selepas Konsert I Am Ziana Zain berlangsung.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau dibeli secara terus di pejabat urusan GOLD EARTH PICTURES di alamat 30-1, Jalan Teknologi 3/6D, The Core Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor atau Melaka International Bowling Centre (MIBC), Jalan Konvensyen Ayer Keroh, Melaka.

Peminat yang membeli terus dari pejabat GOLD EARTH PICTURES bermula 14 hingga 31 Mei bakal mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Untuk Maklumat lanjut, hubungi VEEA (0122032508) atau HILMI (0126884434).

Acara ini turut bikin suprise buat Ziana Zain.

Berikut di bawah ini beberapa gambar yang dirakam semasa sidang media berlangsung.

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang MTV Movie Awards ke-24

Teater Muzikal Jersey Boys Gegar Istana Budaya