in

Gambar Sekitar Prebiu Media Filem Man Sewel Datang KL

INTERPRETASI ORANG KAMPUNG MASUK KOTA DALAM FILEM ‘MAN SEWEL DATANG KL’, TAMPIL SHUIB ‘SEPAHTU’.

Sebuah cerita yang ringan akan lebih diingati dari cerita berat tapi tidak bernyawa dan isinya lesu. Penonton kita sudah berpecah belah dan berpuak-puak. Ada golongan penonton yang sudah pandai menilai filem yang baik dan ada juga golongan penonton yang datang ke pawagam semata-mata untuk enjoy dan terhibur dengan lawak jenaka yang disajikan.

Jika tanya kepada Budiey, adakah Budiey akan menonton filem Man Sewel Datang KL sekali lagi di pawagam, Budiey akan jawab dengan kata yang pendek, Yes, Budiey akan ke pawagam sekali lagi kerana filem ini untuk korang yang mencari tempat untuk bergelak ketawa.

Menonton filem ini, buat kita ketawa. Sekurangnya, pasti se-dekah atau berdekah-dekah. Kalau tak caya dengan pendapat Budiey ni, korang pergi ke pawagam untuk menonton filem ini mulai 31 Mei ini.

Bukan nak memperlekehkan kejakunan orang kampung ketika mereka menjejakkan kaki buat kali pertama ke kota metropolitan, Kuala Lumpur. Jauh sekali mahu menghina mereka yang menetap di kampung. Ini hanyalah interpretasi seorang pengkarya terhadap subjek utama filem ini yang digambarkan sebagai seorang lelaki kampung yang berperangai gila-gila atau lebih tepat dengan gelaran ‘sewel’ menyampaikan keterujaannya apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur. Sudah tentu elemen komedi bakal menguasai hampir keseluruhan jalan cerita kerana pemegang watak ‘Man Sewel’ itu ialah salah satu anggota kumpulan lawak popular Malaysia, Shuib ‘Sepahtu’.

Man sewel datang KL

Menghasilkan sebuah filem komedi ringan ini tidak diambil mudah oleh pengkarya sekaligus pengarah kepada filem ‘Man Sewel Datang KL’ ini, Abdul Rahman Adam (FDAM). Walaupun sudah lama tidak mengarah, kredibilitinya sebagai seorang pengarah masih menebal dalam dirinya. Berpaksikan komedi, si pengarah turut menyelitkan elemen konflik pada jalan penceritaan filem ini untuk menjadikan ia lebih menarik dan tersusun. Ini menguji kemampuan Shuib sendiri untuk selain mempamerkan aksi komedi, beliau juga perlu bermain dengan emosi untuk menjayakan wataknya.

Filem yang diterbitkan oleh Work Move Production Sdn Bhd ini mengambil masa selama 21 hari penggambaran dengan kos sebanyak RM 1.3 juta. Selaku sebuah produksi baru, Work Move mempertaruhkan genre komedi ringan sebagai produk sulung mereka kerana yakin filem-filem sebegitu lebih menarik perhatian penonton. Pemilihan pengarah dan pelakon-pelakon juga dilakukan dengan teliti untuk mendapatkan keserasian bagi penghasilan yang begitu memberangsangkan.

Filem ‘Man Sewel Datang KL’ ini menyentuh kisah seorang pemuda kampung, Osman atau Man (Shuib ‘Sepahtu’) yang mengikuti teman sekampungnya, Salim (Razali Hussain) pulang ke KL. Man yang sememangnya berperangai gila-gila sangat teruja apabila tiba di KL. Man tinggal bersama Salim yang banyak mengajarnya selok belok kehidupan di KL. Namun, segalanya berubah apabila Man mula mengenali kawan Salim iaitu Nadia (Julia Ziegler). Banyak duit perbelanjaan yang diberikan ibu Man dihabiskan untuk Nadia.

Man Sewel Datang KL

Apabila ibunya menyekat duit perbelanjaan Man, Man mula terpaksa mencari sumber rezekinya sendiri di KL. Nadia pula semakin tamak meminta duit dari Man. Man akhirnya pulang ke kampung namun hampa apabila mengetahui teman istimewanya, Siti Khadijah (Rafidah Ibrahim) sudah menjadi milik orang lain. Pulang ke KL semula, Man dikejutkan dengan tuduhan seorang lagi teman sekampungnya yang mengatakan Salim mempunyai muslihat jahat terhadap Man.

Walaupun ia penampilan solo lakonan Shuib ‘Sepahtu’ tanpa anggota kumpulan lawaknya yang lain, Shuib dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaikan lawak-lawaknya menerusi filem ini. Berpegang setia pada tagline istimewanya, ‘Citer sini abis sinila ek’ dari awal penceritaan hingga tamat, ada sesuatu maksud yang tersirat cuba disampaikan Shuib kepada penonton. Yang pasti, mungkin tagline ini akan menjadi ikutan penonton sejurus tamat menonton filem ini.

Selain Shuib ‘Sepahtu’, Razali Hussain, Julia Ziegler dan Rafidah Ibrahim, filem ini turut dijayakan oleh pelawak wanita terkenal, Rosnah Mat Aris dan penampilan istimewa, isteri Shuib sendiri iaitu Siti Sarah Raisudin.

Bakal menemui penonton pada 31 Mei 2012 ini, filem komedi ringan yang mempunyai mesej kebaikan yang ingin disampaikan tentu akan menghiburkan penonton yang inginkan hiburan santai. Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan kumpulan May yang turut membuat penampilan khas melalui filem ini. Lebih bermakna, satu peratus dari tiket pembelian penonton untuk filem ini akan disumbangkan kepada Tabung 4B Prihatin. Selamat menonton sambil menderma!

Man sewel datang KL

Man sewel datang KL

Man sewel datang KL

Man Sewel Datang KL

Man sewel datang KL

Man sewel datang KL

Man sewel datang KL

Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL

-Unit Periklanan&Promosi Alternate Pictures-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Cedera Dalam Kemalangan

Anang Nikah Dengan Ashanty