in

Gambar Sekitar Pengambaran Filem ROCK Oo Rimba Bara Kembali

Pada hari ini, Budiey nak tak nak terpaksa cancel beberapa event semata-mata untuk ke Ipoh, Perak bagi bertemu dengan sutradara pengarah tersohor, Mamat Khalid yang kini sedang menjalani pengambaran filem terbaru arahannya, ROCK OO! Rimba Bara Kembali. Filem ini adalah sambungan daripada filem Rock yang pernah ditayangkan pada tahun 2005. Korang masih ingat lagi tak?

Filem Rock Oo dijangka berada di pawagam pada April 2012. Tak silap, ada CGI dlm filem Rock Oo yang menggabungkan footage masa show Wings & BPR di zaman remaja. Dan ada banyak lagilah keistimewaan filem Rock Oo ni. Filem di bawah produksi syarikat milik Mamat Khalid, Naga VXS Sdn Bhd ini diterbitkan oleh Primeworks Studio Sdn Bhd

Cerita yang berlatar belakangkan zaman rock kapak 80an dulu ini disambungkan semula lanjutan dengan skrip yang dikatakan terbaik daripada Mamat Khalid. Ini diakui sendiri oleh Que Haidar yang mengakui beliau terpanggil untuk berlakon semula selepas 2 tahun tidak berlakon langsung disebabkan skrip Rock Oo memikat semula hatinya.

Temubual & Behind The Scenes Filem Rock Oo Mamat Khalid

Sekitar Lawatan Media di Lokasi Filem Rock Oo Mamat Khalid

Sidang Media di Lokasi Filem Rock Oo Mamat Khalid Part 2

Diterbitkan oleh Grand Brilliance, Filem Rock Oo menemukan semula Mamat Khalid bersama GBSB selepas 6 tahun terpisah untuk menerbitkan susulan dari filem tersebut.

Filem ini masih mengekalkan pelakon asal iaitu Que Haidar, Khir Rahman dan akan digempakkan lagi dengan penampilan pelakon baru seperti Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim.

Mesti korang pelik mengapa Que Haidar kembali berlakon. Dah 2 tahun tak berlakon, kini Que Haidar mahu kembali berlakon. Apa yang Budiey dengar, Que Haidar tak nak berlakon lagi sebab dia merajuk? Ha, dengan siapakah dia merajuk, itu yang kitorang nak tahu.

Tinggalkan tentang itu sebab mungkin 2-3 hari lagi korang akan baca dalam paper tentang benda ni. Yang penting, lakonan Que Haidar sebagai Amy Mat Piah akan ditunggu-tunggu oleh pengikut filem Rock. Que Haidar sendiri rasa susah untuk berlakon dalam filem ini sehinggakan beliau menangis pada hari kedua pengambaran sebab susah untuk mendapatkan mood lakonan.

Gambar Sekitar Pengambaran Filem ROCK Oo yang sempat Budiey ambil

Budiey &Amp; Sutradara Pengatah Terkenal Abg Mamat Khalid.omg

Budiey & sutradara pengarah terkenal abg Mamat Khalid. OMG, lama giler tak jumpa beliau. Abg Mamat nampak kurus sikit eh?

Sampai2 Kat Set Filem Rock, Terus Bgambar Dgn Prop

Sampai-sampai kat set filem Rock, terus bgerambar dengan lokasi di mana ada scene sidang media. Sesuai sangat dengan kitorang yang datang untuk bersidang media.

Lepas Lunch, Pekena Durian Dulu!

Lepas makan nasi lauk ikan patin masak gulai tempoyak, kami pekena desert pula…. ya, jom makan durian dulu. Dalam gambar, Miya Zainal dari Portal GUA sedang menikmati durian. Nyum Nyum…

Budiey Bersama Khir Rahman Yg Memegang Watak Jijo Di Set Filem Rock Oo

Ini pula gambar Budiey bersama pengarah dan juga pelakon terkenal yang turut menjadi bintang utama Filem Rock Oo, Khir Rahman. Khir memegang watak Jijo.

Rock Oo

 

Rock Oo

Rock Oo

Rock Oo

Rock Oo

Rock Oo

Rock Oo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lutfya di Pelancaran Single & Klip Video DIAM

Animasi Anak-Anak Sidek & Animasi Bola Kampung