Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Gambar Sekitar Pelancaran & Prebiu Projek 3R

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 3 petang semalam, Budiey sempat hadir di Majlis Memperkenalkan 12 Finalis & Sesi Prebiu Episod 1 Projek 3R. Untuk info pembaca, program realiti tujuh episod terbitan Red Communications ini bakal bersiaran pada 24 Ogos ini, setiap hari Sabtu pukul 6 petang di TV3.

Budiey di sini ingin ucapkan tahniah buat semua 12 finalis yang terpilih. Mereka adalah Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 23, Nur Hidayah Abu Bakar, 24, Puteri Zulaiqha Mohd Arif, 23, Siti Amirah Mohamad Azmi, 22, Nora Shikeen Abdul Rahim, 21 dan Zetty Nabila Muhammad Ghazali, 22, Lee Yvonne, 24, Fiona Cheong, 22, Tamilarasi, 21, Sara Nadzirah Zulkifli, 22, Sarah Lois, 21 dan Haziqah Azemi, 21.

Pemilihan kesemua peserta tersebut bukan untuk mencari pengganti hos terdahulu sebaliknya sebagai pelapis kepada program berkenaan. Budiey lihat setiap peserta mempunyai personaliti dan kelebihan masing-masing yang akan memberi kelainan dalam program ini.

Program tersebut sebelum ini pernah dikendalikan oleh Azah Yasmin Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor. Kesemua bekas pengacara program itu akan bertindak sebagai mentor mereka dalam rancangan tersebut. Jadi, jangan lupa tonton orait.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat Budiey rakam.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version