in

Gambar Sekitar Majlis Ulangtahun DJ Lin Suria Cinta Ke-36

Pada 30 Disember lalu, Budiey sempat singgah bertemu penyampai Suria FM, DJ Lin Suria Cinta untuk turut serta meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-36 di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur.

Majlis ini dianjurkan untuk menghargai sokongan peminat DJ Lin menerusi kelab peminatnya, FAN DJ LIN CINTAMANIA. Budiey perhatikan kelab peminat DJ Lin ini semakin berkembang dan peminatnya bertambah dari tahun ke tahun. Terbukti jumlah peminatnya bertambah 2 kali ganda di mana pada tahun lepas hanya 30 ribu orang yang LIKE Fanpage DJ Lin di Facebook dan pada masa ini DJ Lin berjaya mengumpul 70 ribu orang peminat.

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Menurut DJ Lin, majlis sambutan ini adalah simbolik sebagai penutup tirai bagi 2011 dan beliau amat bersyukur kerana tahun 2011 ini merupakan tahun paling banyak mendapat tuah dalam hidupnya. Apa taknya, pada Februari 2011, DJ Lin telah memenangi dua anugerah sekaligus di Anugerah Seri Angkasa bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan juga Rancangan Interaktif Radio Terbaik bagi Suria Cinta.

VIDEO SEKITAR MAJLIS:

Pada pertengahan tahun, iaitu bulan Mei 2011, DJ Lin telah dilantik oleh Proton sebagai duta kereta Proton Persona. Manakala pada bulan Disember 20111, DJ Lin telah berjaya memiliki sebuah rumah dan menikmati hasil titik peluhnya sendiri setelah sekian lama menyewa. Lin juga mengerjakan umrah buat kali kedua pada tahun ini. Dengarnya, DJ Lin juga akan menjadi duta terbaru kepada sebuah produk terkenal tak lama lagi. Wah, rezeki DJ Lin semakin lebat. Syabas, Lin.

Hari lahir Dj Lin jatuh pada tanggal 31 Disember dan tahun ini merupakan tahun kedua dia meraikan hari lahirnya bersama-sama peminat. DJ Lin anggap ia satu kemuncak sambutan bersama peminat. Lebih 60 orang tetamu hadir termasuk peminat setia, penaja dan rakan media. Dimeriahkan lagi dengan pelbagai permainan yang dapat mengeratkan hubungan DJ Lin bersama peminat.

Selain berkaraoke, DJ Lin juga mengajak peminat bersuka ria dan menyediakan banyak hadiah menerusi cabutan bertuah. Antaranya, barangan elektrik, hamper, voucher skechers dan banyak lagi. Majlis ini turut mendapat kerjasama daripada pihak penaja iaitu Skechers, Adabi, Jamu Mak Dara, Hot Perfume dan Myminimuffin.

Majlis hari jadi yang kali kedua diadakan di lokasi yang sama ini juga turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Afie U-Topia, Ally AXL’s, Dwan Olan, Blank Gamma dan ramai lagi.

Paling istimewa apabila buat pertama kali dan eksklusifnya, DJ Lin telah menyampaikan single pertamanya yang mendapat sentuhan komposer Eddie Hamid yang berjudul Ranting Kenangan.

DJ Lin juga akan menjadi hos untuk Parti Ulangtahun Budiey.com yang ke-5 yang akan diadakan di Zouk KL pada 21 Januari nanti. Terima kasih banyak-banyak buat DJ Lin sebab sudi menjadi hos dan membantu Budiey mengendalikan party budiey.com nanti. Semoga rezeki DJ Lin bertambah dan terus maju pada tahun 2012 ini. Selamat tahun baru 2012 juga buat DJ Lin dan peminat.

Semoga kehadiran 2012 ini, DJ Lin diberikan kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melinpah ruah serta 2012 ini membawa lembaran baru dalam hidupnya yang masih solo dan sekaligus menghadiahkan kejayaan dalam tiap apa juga yang dilakukan.

Sila layari Fanpage Peminat Setia DJ Lin:  FAN DJ LIN CINTAMANIA

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blast Off 2012 with AirAsia X’s Great Deals

CSI Miami Musim Ke-7