in ,

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Filem Kahwin 5

Majlis Pelancaran Filem KAHWIN 5 yang diadakan pada hari Selasa, 21 November yang lepas bertempat di E@Curve Damansara telah berlangsung dengan jayanya.

[dropcap]M[/dropcap]ajlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran rakan media serta barisan artis yang membintangi filem Kahwin 5 seperti Usop Wilcha, Norish Karman, Marsha Milan, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.

Pelakon : Usop Wilcha , Fizz Fairuz , Dian P.Ramlee , Andrea Abdullah, Marsha Londoh, Anzalna, Soffi Jikan ,
Penulis: Fairulnizam Ablah, Nizam Zakaria & Panel Skrip Showbiz
Pengarah: Nizam Zakaria
Penerbit: Showbiz Productions Sdn.Bhd. dan Marna Films Sdn.Bhd.

Kahwin 5

Sesi bergambar bersama penerbit, pengarah serta barisan artis yang terlibat di dalam filem KAHWIN 5

Selepas kejayaan filem pecah-panggung “Hantu Kapcai” di pawagam pada bulan lalu, Showbiz Productions meneruskan tradisi menghasilkan filem komedi berjudul “Kahwin 5” yang bakal ditayangkan di sekitar 70 pawagam di seluruh tanahair mulai 27hb Disember 2012.

[dropcap]R[/dropcap]entetan kejayaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mengetengahkan isu poligami dalam filem popularnya, “Madu 3” kini Showbiz bakal tampil dengan satu pembaharuan yang segar dan menghiburkan dengan memaparkan subjek poligami hanya sebagai sub-plot penceritaan melalui filem komedi ”Kahwin 5”.

Gabungan dinamik Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Fizz Fairuz (Hantu Kapcai), Soffi Jikan (KL Gangster) serta barisan pelakon wanita seperti Dian P. Ramlee, Anzalna Nasir, Marsha Milan, Adrea Abdullah serta Norish Karman akan membuat penonton tak kering gusi dari mula sehingga akhir penceritaan.

Filem ini berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik (dari Perak) yang berjaya dan dikenali sebagai Dr K (Usop Wilcha) yang sudah memenuhi kuota 4 isteri dari 4 negeri yang berbeza iaitu Saadiah dari Selangor (Dian P. Ramlee), Sahara dari Kelantan (Adrea Abdullah), Monalisa dari Negeri Sembilan (Norish Karman) dan Mimi dari Sabah (Marsha Milan). Kehidupan mereka sekeluarga aman bahagia sehinggalah Dr K dipengaruhi Rahim (pemandunya dan pengampu bos No 1 – lakonan Fizz Fairuz) membuat Dr K terjebak dengan “skandal” bersama Farra (Anzalna Nasir) iaitu adik kepada kepala “pailang”, Cico (Soffi Jikan).

[pullquote align=”right”]Terwujudlah dilema Dr K yang dipaksa berkahwin lagi walaupun sudah cukup kuota isterinya.[/pullquote]

“Filem ini menampilkan perspektif berbeza mengenai isu poligami. Walaupun watak Dr K di dalam filem ini agak nakal, dia sebenarnya amat menyayangi kesemua isterinya, yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Plot utamanya bermula apabila Si Miang lawan Si Pailang dan bagaimana seseorang lelaki itu harus mengambil iktibar dari sifat mata keranjangnya, yang boleh membawa padah.” Ujar Jaja Nadzir, Penerbit filem “Kahwin 5”.

Nizam Zakaria, selaku Pengarah pula berkata, “Naskah ini walaupun pada dasarnya mudah difahami dari sudut penceritaan, ianya tetap membuat penonton ternanti-nanti dari satu babak ke babak yang seterusnya. Komedi yang dipaparkan bersahaja dan “natural” di samping menonjolkan sisi berbeza Usop Wilcha dengan watak Dr K bersama “alter ego” nya. Saya amat berpuas hati dengan “Kahwin 5” dan ianya berbeza dengan filem pertama saya iaitu “Cinta Kura-Kura” yang telah ditayangkan pada awal tahun ini.”

Kahwin 5

Ucapan daripada Nizam Zakaria, Pengarah filem KAHWIN 5.

Kahwin 5

Ucapan daripada Jaja Nadzir, Penerbit Showbiz Productions.

Kahwin 5

Suasana ketika Sesi Sidang Media berlangsung.

Kahwin 5

Reaksi Anzalna Nasir ketika ditemu ramah oleh pihak media.

Kahwin 5

Gelagat rakan media sebelum majlis pelancaran berlangsung.

Kahwin 5

Marsha Milan yang memegang watak Mimi di dalam filem KAHWIN 5.

Kahwin 5

Logline:

Dr. K, jutawan MLM yang telah cukup kuota isteri, tersepit dalam dilema hingga terpaksa menilai penyingkiran salah seorang isterinya untuk mengahwini Pembantu Peribadinya atas desakan situasi.

Ringkasan cerita:

Dr. K seorang jutawan MLM mangkuk plastik yang terkenal dengan sifat mata keranjangnya hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya. Namun kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diugut oleh abang Fara, Pembantu Peribadinya. Kekalutan berlaku kerana Dr. K berdepan dengan dilema untuk memilih antara isteri-isterinya ataupun Fara.
Sinopsis:

Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran ‘playboy tua’ dan sifat mata keranjangnya masih ingin merasa hidup sebagai seorang bujang.

Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya.

Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru disambut sebagai satu peluang positif, bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap Pembantu Peribadinya, Fara, Dr.K seakan tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico.

Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah komedi, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung 2012.

Poster Kahwin 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Celebrates 11th Anniversary With Low Fares

Siapa Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012