in ,

Gambar Sebalik Tabir Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah

Sebelum kita tengok muzik video Masih Aku Cinta nyanyian Shila Amzah, apa kata kita tengok dulu beberapa gambar sekitar sebalik tabir pengambaran muzik video ini yang dirakam sekitar bulan Oktober lalu. Pengambaran dilangsungkan dibeberapa buah lokasi termasuklah sebuah banglo yang dilengkapi kolam renang, sebuah studio dan beberapa babak dipetik dari showcase Shila Amzah.

Keseluruhan muzik video ini menterjemahkan setiap bait lirik Masih Aku Cinta yang mendoakan bekas kekasih yang ditinggalkan.

Menyelongkar kisah Shila Amzah dan Johan As’ari, gandingan Johan dan Shila untuk muzik video ini dikatakan pertama kali dan mengundang pelbagai spekulasi di mana mereka dikatakan bercinta. Sebenarnya, mereka berjumpa kali pertama di Anugerah Skrin tiga tahun lalu. Tapi mereka hanya kenalan biasa. Selepas dua tahun, hari raya Aidilfitri yang lalu mereka dipertemukan semuala, tanpa diduga, kedua ibu bapa mereka adalah kawan baik. Minggu lalu, Johan As’ari mendedahkan yang dirinya akan melamar Lana Nordin untuk dijadikan isteri dan bukannya Shila Amzah. Sedihkan kisah ni? Jadi, adakah muzik video ini ada kena mengena dan berkaitan dengan kisah sebenar Shila Amzah? Suratan atau kebetulan?

Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah Menampilkan Johan As'Ari

Pada hari Rabu tanggal 30hb Oktober 2013 adalah merupakan detik yang amat bersejarah dan penuh bermakna terutamanya bagi Warner Music Malaysia untuk bekerjasama buat julung-julung kalinya dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang bukan sahaja berpangkalan di Malaysia malah di Shanghai jua. Detik bersejarah ini dilakarkan setelah beliau dinobatkan sebagai JUARA ASIAN WAVE 2012 melalui sebuah program realiti popular di rantau Asia yang diadakan di Shanghai, China. Bukan sekadar pencapaian itu sahaja malah beliau juga telah dinominasi di dalam 3 (tiga) kategori World Music Award 2012/13 iaitu World’s Best Female Artist, World’s Best Entertainer of the Year 2013 & World’s Best LIVE Act 2013.

Pada 19 Oktober yang lalu di Anugerah Planet Muzik 2013, salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album “Shila Amzah” iaitu ‘Masih Aku Cinta’ telah diangkat dan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia. Sebuah kejayaan yang gemilang bagi pengiktirafan sesebuah karya di dalam pentas berprestij di rantau ini yang telah diraih oleh seorang anak seni tempatan yang berbakat besar serta bertaraf antarabangsa yang membanggakan seluruh warga Malaysia iaitu Shila Amzah.

Dan kini, teristimewa untuk semua peminat seni tanah air terima lah muzik video yang dinanti-nantikan iaitu “Masih Aku Cinta” nyanyian Shila Amzah.

“…siapa lagi kalau bukan kita yang menyokong artis tempatan…. dan kini telah bergelar sebagai artis bertaraf antarabangsa….”

Kepada peminat setia Shila Amzah, anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video “Masih Aku Cinta” ‘special edition’ hanya di YouTube Warner Music Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Umum Fasa Kedua Kempen #toPHwithlove

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As’ari