in

Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2

Budiey tabik spring betul dengan pelakon Evolusi KL Drift 2, Scha Alyahya ni. Walaupun keadaan dirinya tak sihat, demam selsema, tapi Scha gagahkan dirinya untuk hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Demonstrasi Drift yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam (20 Mac 2010). Itu yang dikatakan pelakon yang ada komited dengan kerja. Kerjasama pelakon sangat membantu dalam mempromosi filem ini.

Selain Scha, antara pelakon yang hadir ialah Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil, Shaheizy Sam, Adam Corrie dan Rizal Ashraf.

Mengenakan pakaian yang ringkas, kemas dan kasual, Scha Al Yahya telah menerima tepukan gemuruh daripada peminat yang hadir untuk bergambar dan menandatangani autograph.

Budiey sempat menemubual Scha Alyahya tentang lakonan Scha dalam filem arahan Syamsul Yusof ini. Ikuti komen Scha tentang watak beliau yang dikatakan menyamai karakternya dalam drama Awan Dania.

Jadi, jangan lupa tonton filem ini yang akan mengganas dengan deruman di pawagam mulai 25 Mac 2010.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Tak sabar nak tengok filem ni!!! i’m really interested in this film.
    kalau ada berita pasal filem ni, budiey post tau..

  2. Hi….scha, Uncle ucapkan tahniah kepada pengarah2 film sekarang kerana berjaya mencukil beberapa bakat baru seperti Scha dan lain-lain lagi. Scha lakonan dalam siri Awan Dania berjaya membawa wataknya sebagai pramugari kapal terbang. Diharap filem terbaru kelolahan bakat-bakat muda seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil dapat menyaksikan ramai lagi bakat-bakat baru seperti Scha yang lebih berani dan meyakinkan itu.
    Uncle nampak selera orang muda dalam pembikinan filem seperti ini
    jelas, iaitu, cuba mempamirkan, cita rasa dan senario kehidupan remaja sekarang ini.Erti kata lain, orang muda dengan seleranya, tapi yang penting bagi Uncle, mesejnya harus jelas dan arah tuju untuk kesempurnaan semua khususnya kaum remaja iaitu target group cerita berkenaan.
    Apapun, sebagai orang lama yang meminati bidang ini ingin melihat masih ada pengarah dan penerbit filem kita mengeluarkan cerita berbentuk tranfomasi yang memberi kesedaran perbuatan atau fikiran, mengapus kemeskinan, motivasi kepada berkemahiran pertukangan seni atau ciptaan inovasi dan sebagainya.
    Uncle juga minat filem purba seperti Sitanggang, Raja Bersiong, Hang Tuah, Putri Gunung Ledang dan lain-lain.
    Untuk Syamsul dan Farid, syabas you two really great kerana berjaya mengarah cerita yang sedemikian. Keep it up boys.
    Uncle ini orang Sarawak sekali sekala lokasinya cuba lah pusing-pusing di Sarawak dan Sabah. Bagus bah kalau begitu. Dalam juga lihat-lihat kehidupan di rumah panjang yang ada di hulu-hulu sungai.
    Untuk cerita demikian uncle boleh buat sypnosis ceritanya……

  3. asyik cerita sama jer… x der cite lain ke atau x der model nak fikir utk buat cerita yg beza….

    bowink ………

  4. best ar cte nie.tpi aksi tmbak mnebak tk best ar.biar ada ksan drah.nmpk mcn btul ckip.heroin koman ar mti…aroz best ble blake.jhat pun bleh.baik pun bleh…dlm aksi kjar mngejar org jht dng polis dan lg ksih…mcn crita hindi.sdih dk than or…ha3….

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Majlis Persandingan Zizan Nin & Fazilah Hani

Yanie Mentor Meninggal Dunia