in , ,

Foto Rasmi Yang Pertama Dari Filem THE EXPERTS Akhirnya Didedahkan

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Rompakan Terbesar Abad Ini? Kali Ini, Dikatakan Gambar Rasmi Pertama Dari Filem ‘The Experts’ Gandingan Hebat Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana Dan Ray

Secara eksklusif, Astro Shaw dengan bangganya berkongsi gambar pertama dari filem tempatan yang dinanti-nantikan, ‘The Experts’. 

Menjadi salah satu naskhah heist level baru untuk 2024, filem bertemakan aksi rompakan ini dibarisi pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray

Filem ini diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah. Manakala skrip ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh. The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. 

The Expert First Photo Reveal

Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshadberkata, “Filem berkonsepkan heist seperti ‘The Experts’ jarang dihasilkan di negara kita. Kami yakin naskhah sebegini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Selaku perintis, Astro Shaw amat menitik beratkan  kualiti dan penceritaan yang menghiburkan. Bagi menyuntik keterujaan penonton, kami kongsikan gambar eksklusif pertama daripada babak filem ini, sekali gus mengumumkan secara rasmi barisan pelakon utama. Banyak lagi yang akan kami kongsikan tentang The Experts dari masa ke semasa.”

Nantikan kemunculan filem aksi ‘The Experts’ yang dijangka akan menemui penonton tahun ini di pawagam seluruh tanah air. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Empat Produk Mampu Milik di Shopee Live Sempena Tahun Baru Cina

Tiada Peserta Disingkir di Minggu Kedua Akademi Qurra’ 2024 di TV AlHijrah