in

Gambar Peserta Top Host 2010

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung Sidang Media TOP HOST 2010 anjuran TV3 di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Pertandingan ini diadakan untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan yang bukan sahaja menuntut kepada populariti semata-mata.

Top Host 2010 akan bersiaran pada 3 mac 2010 setiap Rabu jam 10 malam. Juara akan dapat hadiah wang tunai RM10,000 dan dapat jadi hos untuk program di TV3.

Jangan lupa tonton pertandingan ini mulai 3 Mac 2010 setiap hari Rabu pada jam 10 malam.

Okay, kita berkenalan dulu dengan 10 orang peserta Top Host 2010. Antara mereka ada pasangan adik beradik, ada yang pernah menjadi finalis Gadis Melayu.

4370433796 4A85C6Efe7 O | 4

Erin Adlina, 19 tahun, Pelajar Inti Universiti College, meminati program TV berbentuk majalah seperti Majalah 3, Idolanya Datin Norazlina Redzuan, glamor tidak penting untuk menjadi hos kerana baginya bakat serta ketrampilan yang diutamakan.

4370434764 B94442B744 O | 5

Khairul Wasiril Aswad, 20 tahun, Deejay sambilan, minat dengan muzik, selepas SPM terus kerja sebagai jurujual, suka dengan program remaja, lebih kepada hiburan dan VJ.

4369683563 0C64F2C9Fc O | 6

Sri Sharinnie Rizal, 23 tahun, Ijazah Sains Gunaan Kimia Universiti Malaya, Pernah menyertai finalis Gadis Melayu Musim Ke-2

4369683739 484Bddd4Fb O | 7

Zaim Iskandar Zaini, 20 tahun, Pelajar di Workers Institute Technology College dalam bidang Mekanikal, suka dengan program sukan seperti bola sepak. Idolanya Shebby dan Ally Iskandar.

4369687443 E985Ff34Da O | 8

Nur Liyana Adnan, 23 tahun, Ijazah Bahasa Inggeris TESL, Universiti Tun Abdul Razak, idolanya Nurul Syuhada & Wan Zaleha Radzi kerana mereka berdua sangat bersahaja, meminati program berbentuk kewangan seperti Money Matters.

4369688187 89Cb5A958C O | 9

Mohd Faizal Azhar, 23 tahun, Pelajar di Universiti Teknologi Mara, Komunikasi Massa

4369688687 4907250Ecd O | 10

Nabihah Mohd Rosdi, 23 tahun, Ijazah Bahasa Inggeris (TESL), Tahun akhir di Universiti Teknologi Mara, Idolanya Karam Singh Walia, Sejak 2004, semasa mengambil TESL, pensyarah sibuk cakap Nabihah ni jenis yang petah bercakap.

4370433014 35D4B538B5 O | 11

Za’im Helmi Zaini, 24 tahun, Pelajar di Taylors College, Pengurusan Perhotelan & Pelancongan, mendapat galakan daripada ibu bapa yang memahami, suka berinteraksi dengan orang ramai, suka dengan bidang penyiaran dan mahu menjadi pembaca berita, satu kepuasan dapat berada di kerusi pembaca berita,

4369689207 2E0230D515 O | 12

Syazwani Diyana Mohd Isa, 24 tahun, Ijazah Penyiaran Universiti Teknologi Mara, Pelajar Ijazah Sarjana Komunikasi Massa, Pembantu penerbitan sambilan di Astro,  Idolanya Datin Norazlina Redzuan.

4369689061 798Af89307 O | 13

Fadhil Mohd Isa, 25 tahun, pernah menjadi pembaca berita sambilan di Bernama TV, Minat untuk menjadi pengacara sukan dan sukakan dunia hiburan, pernah menyertai ujibakat Akademi Fantasia, Mentor dan memohon kerja di TV3, Idolanya Allayarham P. Ramlee, Shah Rukh Khan dan ramai lagi. Kalau boleh suatu hari nanti, beliau mahu mengendalikan majlis besar seperti acara anugerah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sabhi Saddi di La Boudoir Fashion Show 2010

Filem Belukar